5 September 2011


Ramadhan yang ditinggalkan membawa seribu satu keindahan yang kemudianya telah memberi ruangan D membetulkan diri demi membentuk kesempurnaan yang D sendiri impikan.

Pengakhiran ramadhan memberi D sedikit tekanan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan bos bersama dateline yang ditetapkan. Alhamdulillah, segala tugasan selesai dilaksanakan. Dan sesuatu yang lebih menekankan saraf dan tunjang kewarasan D adalah diberitahu bahawa perkhidmatan D terpaksa direhatkan kerana projek telah tamat tempoh. Apa yang sangat menyedihkan D terpaksa datang semula berkerja untuk tempoh seminggu selepas cuti raya. Arghhhh!!!!, ini sedikit sebanyak telah merosakan mood raya D. Bagi tidak membuatkan mood seisi kelurga yang lain bertukar suram, perkara tersebut dirahsiakan terlebih dahulu.


Akibat bahana tersebut, mood berkerja D menurun sehingga ke paras negative 50 darjah celsius, oleh kerana itu D mengaplly cuti sehari lebh awal daripada sepatutnya. Khamis bersamaan 25hb Ogos 2011 lagi D dah meredah lebuh raya bersama perkhidmatan Transnasional, di baris single seat paling hadapan. Huhhh duduk depan nanti boleh cepat sampai, itu mungkin gaya pemikiran D untuk zaman belum cukup akal mengerti akan erti sebenar jarak dan waktu. Berakhir jam kerja tepat 4.30 pm, D bergegas lekas ke rumah angah meminta simpati abag arruf untuk hantar D ke Terminal Jalan Duta. Berbuka puasa diatas bus dengan hanya sebotol mineral dan sebungkus coco pie warna biru cukup buat D selesa tidur di sepanjang perjalanan sehingga berakhir selekoh terakhir destinasi. Semua panggilan telefon dan kiriman pesanan langsung tak berbalas akibat ketiduran yang teramat lena bersama dingin beku penghawa dingin Transnasional yang nyaman. Akibatnya, terpaksalah menanti abah dan ibu menjemput untuk kurang lebih 15 minit di station bus kamunting.


Selesa, lega, aman dan indah adalah satu perasaan yang sukar digambarkan sebaik kaki melangkah masuk ke rumah sendiri. Perasaan yang tidak akan sama seperti di bilik sewa D, atau dirumah angah, rumah along atau juga di rumah opah dan aki. Biar rumah keluarga D kecil dan sempit ruangannya, namun bagi D disitulah destinasi D yang paling selesa sekali di dunia ini untuk ketika ini dan waktu ini.


Hari jumaat, D ibu dan abah ke office abah, bagi mengembalikan semua pinjaman sumber D ketika menjalankan penyelidikan. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, dan untuk tidak dikata bagai kacang melupakan kulit, D sempat menyediakan sedikit cenderamata selain tesis D untuk dibuat rujukan bagi mereka mereka selepas D yang sama menjalankan kajian seperti. Terima kasih daun keladi lain kali tolonglah lagi buat semua kakitangan Jabatan Perhutanan Larut Matang.


Lepas selesai urusan D Menyerahakn Tesis dan buku buku yang dipinjamkan, terus hantar abah ke office, then D and ibu keluar jalan-jalan. Ke tesco je pon, bukan beli apa apa, just tgok orang busy shoping lepas tu balik rumah. Siap2 tolong ibu masak sebab kejap lagi B nak dating berbuka kat rumah D. Okeh, sekarang mood dah bertukar, sudah senyum tak berhenti. Setelah lebih sebulan tidak bertemu wajah, akhirnya bertemu kembali dengan perasaan yang tidak sabar melepas rindu. Ewahh, boleh pulak kan, tengok2, sembang2, senyum2, rindu upon terubat. Untuk hari esoknya pula giliran D datang berbuka di rumah B. Alhamdulillah, seperti kebiasaanya, kehadiran D bagaikan di alu- alukan dengan reaksi dan layanan yang diberikan. Selasai berbuka, buah tangan yang di bawa di berikan tanda ingatan dan buat meraikan aidilfitri. Untuk keesokannya, memandangkan angah sekeluarga telah pulang, kami semua berbuka di rumah aki (atuk). Walau tanpa along dan kak rina, iftar di rumah arwah opah tetap member sedikit senyuman untk aki barangkali.


Di akhir Ramadan, sempat kami seisi keluarga berbuka bersama di rumah sendir. Along sempat sampai sebelum azan berkumandang menandakan waktu berbuka. Alhamdulillah, kerana seperti kelaziman saban tahun diakhir Ramadan pastinya berkumpul gabung bersama meriahkan Ramadan.


No comments:

Post a Comment