7 September 2011

CeritaHariRayaD


8 September 2011 bersamaan 10 Syawal, baru D nak update about hari raya aidilfitri yang lepas.

Biasalah, 1st day untuk hari raya semuanya berjalan sama seperti tahun tahun sebelum ini. Cuma yang lebih meriahnya bila semua ahli keluarga berkumpul meriah untuk 1st day hari raya. Indah sangat bila untuk tahun ini tidak ada antara ahli yang berhari raya di bahagian mertua. Tahun lepas Angah bergiliran di rumah abang Arruf, even perjalanan tak sampai setengah jam sekalipun, tapi persiapan di pagi hari tanpa ruangan korum yang lengkap, suasananya amatlah dirasai. Apatah lagi tanpa keletah dan nakal degil si anak saudara berdua. Sungguh, indah itu lebih melengkapkan ruang sempit di halaman teratak ibu dan abah. Malah, kesempurnaan lebih terserlah bila untuk tahun pertama berhari raya pertama, rumah ibu dan abah lengkap bermenantu perempuan tunggal bila tiba giliran along merai raya bersama keluarga kami. Tidak seperti tahun lepas, dimana tahun pertama along beraya sebagai suami, terpaksa mengalah mengikut rentak si isteri merai raya pertama di selatan tanah air. Kerana keadilan dan kesaksamaan dalam bertangga dan tiang rumah, maka tahun ini terpaksa pula kak rina mengatur langkah berhari raya di utara bersama kami sekeluarga.

Tiada ada apa yang lebih mengindahkan D, bila semua yang menyempurnakan ruangan nafas D, lengkap di sisi merai indah lebaran bersama. Dapat menyediakan juadah dengan pembahagian tugas yang seperti kelaziman sudah amat mengindahkan perjalanan hidup D. Ibu, Angah dan kak Rina seperti kelaziman akan bersinsing lengan di dapur menaikan aroma yang semestinya menggugat jadual diet D. Abah dan abg Aruff akan berperanan sebagai logistic dalam mengendalikan setiap keraian kami sekeluarga. Yang pastinya akan berparang pisau menyembelih daging dan ayam untuk juadah di pagi lebaran. Anjee, seperti kebiasaanya sebagai seorang wan chu yang teramat sangatlah penyayang terhadap anak saudara berdua itu,maka anje lah bertindak sebagai baby sitter mengurus pelihara kebajikan keduanya, baby dan adik. Tugas D dan along, sama jugak seperti kelazimanya, mengurus selesai rungan tamu bertandang, menggantung tirai langsir jendela, menyental bersih lantai berkilau, memberus bunga dan hiasan di laman. Huhhh, sehingga ke malam D berdua dengan Along melaksanakan rutin membersih wangikan rumah untuk tatap mata redup di aidilfitri.

Ini, D selitkan sedikit keindahan D menyambut lebaran seisi Azman’s generasi di studio. Untuk pict kamera sendirian, nnt D update lain ye~

yang memberi kehidupan

yang menghidupkan kehidupan

yang melengkapkan kehidupan


No comments:

Post a Comment