Seperti hari yang sebelumnya, hari ini juga seperti yang lepas-lepas.
Menghitung hari, menghadap calendar luna, menyelak sehelai lagi helaian tanda
bulan sudah bertukar ganti. Terlalu pantas April meninggal kan tanda dan kini
May menjelma pula dan selepas ini pasti June menampakkan diri, Julai dan August itu pasti tiba. Seperti
putaran roda kereta yang tiada henti di setiap simpang atau traffic light,
begitu juga dengan hari yang silih berganti. 111 hitung kira sahaja lagi
segalanya bakal bertukar ganti, bakal merubah corak dan warna hidup. Moga-moga
datangnya hari itu nanti corak lebih indah dan warna jalanan lebih
berwarna-warni seperti bangganya pelangi menampakkan wajah di dada langit
setelah hujan mulai menipis.
D percaya perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan. Sebut saja kahwin semua menggambarkan pelamin dan busana yang indah. Tetapi bagi pasangan muda dan bakal pengantin seperti D dan B, kami masih lagi kabur dengan perancangan perkahwinan ini. Dan yang lebih kabur adalah perancangan untuk selepas pernikahan ini, selepas penyatuaan yang bakal bersatu untuk 111 hari sahaja lagi. Gerun untuk dilihat angka cantik tersusun itu, D lagi gusar untuk lihat perkembangan kesihatan B yang masih belum stabil, yang masih belum pulih sepenuhnya untuk memulakan tugas harian. Berbaki hari untuk 111 sahaja lagi ini, rasanya baru 30% sahaja yang dapat diselesaikan. D jadi bodoh untuk disetiap mulakan perancangan kerja kawen D sendiri. D jadi banggang untuk segalanya ini. Namun begitu, beberapa perkara telah D dan B selesaikan mengikut langkah dan aturan tersendiri
1. Perbincangan
Kurang lebih kiraan setahun yang lalu, perbincangan awal telah kami sama
debatkan. Mencari dan mendalami erti sebenar hubungan yang kami jalinkan lebih
separuh abad ini, keputusan muktamat telah kami persetujui. Persetujuan
perkahwinan ini kami sama putuskan, kami sama tetapkan.
Perbincangan seterusnya D lanjutkan
bersama keluarga D, dan B bersama keluarganya. Seperti yang dijangka, tempoh
hubungan yang terjalin sudah menjadikan kedua pihak sebenarnya gusar dan
bimbang tanpa ada jalinan yang kukuh. Lantas, kunjungan keluarga B berbincang
dengan kedua belah pihak berkenaan tarikh yang sesuai menghantar rombongan di
tetapkan. Segalanya berjalan terlalu pantas, terlalu cepat dengan sarungan
cincin di manisnya jari D enam bulan yang lalu memulakan segalanya ini.
Perbincangan perihal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua menjadi mula untuk langkah yang seterusnya. Ternyata pendapat dan pengalaman mereka yang ditanya memberi pulangan idea yang bernas untuk D mulakan langkah awal mempersiapkan majlis impian. Ternyata pengalaman mereka boleh Djadikan panduan bukan saja perihal konsep dan tema, malah warna untuk majlis itu juga nanti.
2. Rancang Kewangan
Bincanglah dengan 1001 jenis perbincangan sekalipun. Namun, andai tiada yang dikatakan RM, mana mungkin segalanya dapat direalisasikan. Betul kata orang, jika tiada RM dalam akaun ASB dan Maybank, jangan dibincang perihal nikah kawen ini. Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan dengan berhemah adalah terlalu penting dalam mengurus majlis perkahwinan.
Dalam menganalisis bajet, tentukan sama ada untuk
hidangan tetamu nanti samada menggunakan khidmat catering atau di sediakan
secara gotong royong. Hal ini masih merunsingkan D, kerana masih belum ada kata
putus yang dibuat dengan pasti. Untuk jimat, menggunakan gotong royong pasti
ada hasilnya, namun berbaloikah dengan penat lelah setiap lelehan peluh mereka
yang bersusah payah untuk majlis D nanti? Atau berbaloikah untuk demam ibu yang
pastinya melarat hingga dua minggu kurang lebih jika masak secara gotong
royong. Pasti untuk kendara selepas kenduri itu nanti diuruskan ibu hingga
demam melarat. Dan pastinya, menggunakan khidmat catering sekurang-kurangnya
separuh daripada jumllah hantaran diguna untuk bayar catering. Itu belum masuk
lagi khemah, pelamin, cenderahati dan sebagainya. Huhhh, peluh terus menitis
hingga ke buku lali saat memikirkan semua ini.
Bagaimana pula perbelanjaan untuuk selepas kahwen
nanti, untuk menyiapkan istana kecil kami nanti. Semuanya menggunakan RM.
RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM
Oh Rosmah Mansur~
3. Konsep majlis
Untuk konsep majlis, tema, dan warna segalanya sudah siap ditentukan hasil perbincangan bersama orang sekeliling milik D. Tunggu saatnya nanti biar D huraikan berkenaan semua ini.
5. Tempahan di kedai pengantin- Casa Pengantin-
Tempahan pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam, aksesori termasuk majlis pernikahan, malam masuk pelamin dan majlis besar semuanya diuruskan oleh Casa Pengantin. Lebih mudah dan jimat jika dalam satu pakej. Harap nanti Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah D nanti.
6. Jurugambar
Jurugambar juga D telah sepakat mengambil
dari Casa Pengantin. Harap nanti hasilnya berbaloi. D tak nak cakap banyak
tentang ini, tunggu dan lihat hasilnya untuk 111 hari akan datang.
Untuk pra- wedding, D menggunakan khidmat
jurugambar dari pihak lelaki iaitu adik lelaki B yang sememangnya mengambil
gambar perkahwinan dimasa lapangnya. Alhamdulillah, ini sudah menjimatkan.
Tq my future brother in law- Encik Haris
Ahmad. Tentang Pra-wedding ini, nanti D update setelah siap di edit sepenuhnya.
7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah selamat D jalani ditemani B. TQ duhai kekasih hati kerana masih mahu membuang masa dan wang buat temani D walaupun B telah siap sebenarnya untuk sijil khursus kahwin ketika menjalani latihan dahulu kala. Lagi pun rasanya tidak ada apa yang membazir untuk majlis ilmu seperti ini dihadiri. Banyak input yang kami sama perolehi. Sungguh, kursus pra-perkahwinan ini member D banyak pengetahuan yang D tidak tahu. Contohnya berkenaan hukum li-an, berkenaan iddah,tentang penyakit kelamin, dan banyak lagi. Tidak sia-sia RM 80 untuk seorang D laburkan di HASANI sdn bhd di Kamunting. Ustaz yang memberi ceramah ternyata tidak membosankan seperti kata teman sebelum ini. Tidak sedikit pun mata D berasa mahu terlelap. Dan untuk kebanggaan D, ketika menghadiri khursus ini juga B mendapat markah tertinggi untuk ujian bertulis. Kembang hidung B saat mendapat tepukan gemuruh seisi hadiran.
8. Kad jemputan
Berbekalkan tema JIMAT, MURAH DAN CANTIK, D menggunakan khidmat meng-design kad kami itu oleh adik ipar Along D yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Apa yang lebih baik, ia adalah free of charge. Sekarang sudah siap hanya tinggal untuk masukkan gambar dan pelan lokasi sahaja lagi. Senarai tetamu juga masih 50% siap. Semestinya D akan memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Dan sedikit nasihat dari D jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.
Terlalu banyak yang belum
diselesaikan, segala ini mahu dicepat segerakan. 111 itu pastinya datang dengan
pantas. Mohon segala untuk yang bakal
berlaku ini nanti diberi peluang dan kesempatan untuk D nikmati manisnya nikmat
saat menghitung detik tibanya waktu bergelar raja sehari.
Berkenaan menu, orang
yang terlibat seperti tok kadi, saksi dan lain lagi, DJ mengiringi, pemeriksaan kesihatan, cenderahati, bunga pahar, pakaian
keluarga dan segalanya lagi itu D biarkan sekejap. Beri ruang untuk D tarik
nafas dan sedut oksigen untuk dapatkan bekalan tenaga kembali menguruskan
segala ini dengan penuh kesederhanaan.
untuk sedikit detik yg kurang enak dimuat rakamkan tapi ini satu keindahan buat D~
No comments:
Post a Comment