Entah dimana untungnya diri, entah dimana
hebatnya peribadi untuk diberi duga hebat uji setiap yang di cubakan.
Mengenang untuk tahun hebat 2012 ini,
diri D dan sekelilingan dalam hidup D, di duga hebat, di cuba beri ujian
penguat.
Namun akal terus bertingkah, bahawa bicara hati untuk diuji duga itu bukan kerana benci dan hinanya diri. Kerana itu adalah duga buat penambah bekalan barangkali.
06 January 2012 = B kemalangan (tangan berbesi, kaki terhencot)
12 January 2012 = Abah kemalangan (patah tulang bahu)
30 January 2012 = Tamat tempoh kontrak kerja (Gigit jari lihat idaman hati tak terpenuhi)
Febuary 2012 = Retak kasih hancur perasaan
Febuary 2012 = tikaman belakang (seperti melepaskan anjing tersepit, lepas ditolong digigitnya pula hingga luka berdarah lumpuh semangat tak daya berdiri lagi)
March = Temuduga dan temuduga (Gagal dan gagal)
06 April 2012 = Anje dan Ibu kemalangan (teruji fizikal mengenang goyahnya mental)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka dan kesedihan yang menimpa seseorang Muslim, bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya melainkan ALLAH menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahan lalunya", Hadith riwayat Bukhari dan Muslim~
Mengharap untuk semua uji duga ini sebagai penebus khilaf yang lepas.
Kadang-kadang hidup ni simple sangat. Macam zaman sekolah rendah dulu. Pergi sekolah kebangsaan, balik rumah makan mandi. Pergi sekolah fardu ain, balik sekolah fardu ain, main kat playground. Magrib balik mandi, bersiap pergi mengaji al-quran. Lepas tu balik rumah buat homework, tido dan bangun semula untuk ulangi rutin yang sama.
...dan,
Kadang-kadang hidup ni complicated sangat. Macam-macam yang terjadi dalam masa yang sama. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian rupanya terjatuh atas tahi ayam yang membusuk. Seperti jalanan hidup sekarang ini. Tanpa kerja, tanpa duit tabungan, dengan pelbagai perancangan yang memerlukan setiap inci gerak bersama yang dinamakan Ringgit Malaysia. Ditambah dengan keinginan dan kehendak yang melangkau batasan keringat. Segalanya memuntahkan isi kewarasan kadangkala bila akal mulai alpa dengan tipisan iman.
Dan bila dilihat timbang sukat kembali, semua itu terlalu suram, bagai tak ada ubah usik untuk sedikitpon. Dan ada ketika untuk sekian lama diberi lorong lurus tanpa selekoh, hidup begitu selesa. Maka, D percaya segala yang diberi itu adalah uji dan duga untuk dilihat teguh mana iman di dada terus taat terhadap Pencipta yang satu.
firman Allah SWT;
" dan sesungguhnya akan Kami beri cubaan kepada mu, dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa,dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang- orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan INNA LILLAHHI WAINALL HIRU JIUN. Kerana mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dar RABB, dan mereka itulah orang- orang yang mendapat petunjukNYA" - surah al-Baqarah, ayat 2/ 155-157.
Semoga segala ini menjadikan D lebih dekat di sisi Allah, lebih bersih jiwanya, lebih suci hatinya, dan juga lebih ditunjukkkan ke jalan orang- orang yang beriman.
![]() |
| semoga nanti, tangan besi ini terus kukuh memimpin D ke syurga impian |
... dan D hanya mohon berdoa agar kesayangan D ini kembali pulih dan cantik segar seperti selalunya hadir dia, untuk terus dengar segala bebel, resah, tangis dan tawa D. Kerana dia punya aura yang buat D akan turut sama sakit, bilama dia diserang musibah.
Tolong di rayukan wahai sekalian umat, doakan kesejahteraan kesayang D ini, untuk dipulihkan seperti lazimnya dia. Yang kembali mendodoi tidur lena D dengan tepukkan di punggung ini, untuk selalu akur perintah bila disuruh herdik oleh D, si kakak durjana ini.
Tolong di rayukan wahai sekalian umat, doakan kesejahteraan kesayang D ini, untuk dipulihkan seperti lazimnya dia. Yang kembali mendodoi tidur lena D dengan tepukkan di punggung ini, untuk selalu akur perintah bila disuruh herdik oleh D, si kakak durjana ini.



No comments:
Post a Comment