16 June 2012

:: Pre-wedding picture ::

Jom bergebang perihal picture pre-wedding~


Macam yang D cakap, untuk gambar pra-perkahwinan ini D dan B sangat berterima kasih atas khidmat Haris yang sudi menaja kemahiran dan bakat beliau untuk tanpa bayaran harga masa dan khudrat fizikal serta mental beliau. Terima kasih duhai adik ipar!

terima kasih Mr. Haris~

~BACK TO SCHOOL~
Sebetulnya, idea ini D dengan kawan baik, Wahida merangkap pengapit D nanti sering angan-angankan sebelum lena kami beradu ketika sekatil di daerah Pantai Dalam, Kuala Lumpur dahulu. Konsep untuk pra wedding ini D mahukan tema back to school. Ini sebenarnya mengembalikan kenangan di zaman persekolahan kami. Memandangkan perkenalan kami bermula di sekolah, makanya tema ini dilihat sangat memorial lah konon-kononnya. Dan lagi satu, untuk tema back to school ini juga kami gunakan gambar untuk dimasukkan dalam kad undangan yang dicreate oleh kakmi @ Cik Almyza halim. (adik ipar along D). Tak sabar untuk dilihat tatap kad tersebut.
Cerita tentang tema back to school, ianya sangat manis, indah, seronok dan best. Ditambah dengan team yang membantu, ianya sangat mengembalikan kenangan zaman persekolahan kami. Dengan seragam yang lengkap, persekitaran sekolah sebenar, ia terlalu manis untuk D kenang buat bekal cerita bila tua menghampir kelak.










~PICNIC~
Konsep kedua pula, B dan Anje punyai idea. Kata Anje, hasilnya nanti sesuai dihiaskan di guest book corner. So, bab ini 100% diserahkan pada beliau untuk mengurus designkan segalanya berkenaan tersebut. Walaupun lokasi idea sebenar tak dapat direalisasikan iaitu di puncak Bukit Maxwell @ Bukit Larut iaitu lokasi zaman muda-muda belia dulu berdating dengan B, atleast D masih berpuas hati dengan hasilnya. Konsep picnic menjadi pilihan seterusnya. Asalnya D macam tak berapa nak ngam dengan idea picnic ni, tapi selepas di deco-deco oleh ibu D. Wahhh, hasilnya sangat romantis. Dengan tema pakaian merah putih, ditambah prob yang comel-comel, taddaaa……
inilah hasilnya~









Alahai, xde la picnic mane pon kan? biscut oreo je buat bekal yang boleh ditelan jilat. Yang lain sekadar hiasan: sekian:






ERA 70-AN
Erhmmm, untuk konsep ketiga ni, B sememangnya menentang keras. Habis-habisan ditolak idea D ini. Alasannya kerana fizikalnya yang masih belum pulih. Dengan kelam kabut di hening petang mengejar tamatnya masa, dengan masam cuka kelat wajah B, impian D ini terhasil dengan jayanya jugak. Inilah yang D selalu angankan, mahu bergaya 70-an, dengan kebaya nyonya berkain sarung manakala B, bagai hero Malaya di zaman  awal kemerdekaan menyisir rapi rambut ke tepi. Dalam marah, kelat dan masam muka B, akhirnya dialah yang paling suka sekali tegok hasilnya. 
Jom tengok!








Alhamdulillah, walaupun penat berpeluh leleh, dengan dua hari perjalanan, D sangat berpuas hati. Apatah lagi, ianya adalah f.o.c (free of charge).





::67 hari semakin menghampir menandai bentuk hati di dada kalendar::

No comments:

Post a Comment