Cepat taip laju-laju sambil toleh belakang,
jenguk-jenguk orang lalu lalang. Saja nak bagi tau setelah lama menanam anggur,
hari ini adalah hari ketiga untuk dimulakan erti hidup yang baru. Disini. D sendiri mendiri untuk dilangkahkan pena dan papan kekunci selaju rentak yang terdahulu berlari kejar. kerja baru, bos baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru, rumah sewa baru, hause mate baru, aktiviti baru yang semua serba serbinya adalah yang dinamakan baru.
Sering untuk didengarkan dicuping capang milik D dengan ungkapan, "kenapa ALLAH SWT turunkan hujan lebat berserta ribut yang memukul kewarasan akal, Ia adalah kerana selepas surutnya hujan ada pelangi indah berwarna tujuh lapisan mempersonakan terhidang." Dan kerana itulah, walau serba baru dalam kehidupan ini, D sebenarnya telah direzekikan untuk semakin dekat dengan daerah B. Malah, walau disiang tiga hari ini kaki tgan dan mata tidak terkira belajar segala yang baru ini, Dikala malam menghimpit, masih disempatkan untuk dilihat tenung suapan tangan mengunyah makanan bersama tersenyum rajuk. Walau setongkol jagung dikongsi dua ia buat D semakin yakin menghampir hari nikah kawen nanti.
Terima kasih ALLAH,
dikurniakan rezeki untuk mencari suapan demi suapan mulut yang dingangakan sambil hutang piutang mengelilingi lutut ini tertolak sedikit demi sedikit.
:: kiraan 61 hari untuk berdebarnya dada ::
No comments:
Post a Comment