Sekarang otak dan akal saling
bertingkah untuk di dahulukan kepentingan yang mana harus diutamakan.
Sumpah sakit yang amat sangat
mengenang segalanya serba penting dan perlu untuk satu waktu yang sama ini.
Buat masa ini, yang perlu
difikirkan adalah kediaman selepas 60 hari akan datang ini. Mencari rumah sewa
di kawasan Manjung ini sesungguhnya bukan lah semudah membeli kacang rebus di
jalanan. Sangat sukar, segala jenis rumah semuanya ada yang menghuni. Yang mahu
berpindah pon semuanya telah awal di booking. Pada D factor utama adalah kerana
banyak nya sector pekerjaan di kawasan ini menjadikan tempat kediaman bagai
pisang goreng panas dikala petang menghampir. Sangat laris.Hal rumah satu hal,
nanti dah ada rumah barang rumah plak satu hal.
Adoiiii~
Pening punya pening, Alhamdulillah,
rupanya ada kawan B yang nak bertukar mahu jualkan barang rumahnya yang masih
elok dengan harga yang berbaloi. Ok jelah kan, daripada nanti rumah kosong
macam padang bola. Kawan B tak nak awak barang-barang rumah dia sebab tak nak
mengangkut dengan lori, susah dan leceh katanya. Lagipon semua barang tu dia
dah ada dirumah isterinya tinggal. Maka adalah durian runtuhlah untuk D dan B.
Peti ais, mesin basuh, sofa, meja kerusi sume siap, rak tv, dapur, tong gas dan
beberapa lagi yang lain dengan harga yang berbaloi.
Alhamdulillah
::semoga nanti, masalah rumah dapat diselesaikan dengan mudah::
60 hari lagi~
.jpg)
No comments:
Post a Comment