25 June 2012

hitungKIRAjumlahHUTANG



Sabda Rasulullah S.A.W: “Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta, apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah” (al-bukhori)

Mencerna maksud ayat tersebut, dengan akal yang dangkal berserta ilmu yang sedikit ini, menjadikan rasa syukur itu terus terlafaz di bibir sekerap mungkin, agar bersemadi kukuh dalam kocakkan hati.

Dengan lafaz Alhamdulillah, atas kurniaan yang tidak terhingga mengelilingi jasad, doa agar yang disekeliling itu terus berdamping mohon dilebihkan jika ada yang tidak memerlukan.

Bersama buku, pen, kalkulator, dan calendar kuda tersangkut di balik pintu itu, kiraan jumlah hari bersama hitungan syiling yang dikutip dicelahan beg galas, jadual makan diatur dalam mencegah bazir membuang.

“Duhai perut budiman, sila jangan cerewet, sila jangan memilih menu hidangan.”

“Duhai tekak serakah, tolong kawal nafsu, tolong jaga rasa, tolong palingkan selera, dan tolong hilangkan segala teringin mahu untuk tatap juadah santapan.”

Tiga puluh kiraan biji telur berharga rm 5.99 berebut sama dengan cina kaya di tesco (dah kaya beli la yang mahal, tak payah la rebut-rebut tarik dengan aku), bersama sebungkus mi meggi perisa tomyam (dalam paket tu ada lima bungkus, maknanya boleh buat lima kali hidangan), dua ringgit cili kering mahu di blander campur dengan bawang kakak tuan rumah (dia yang suruh guna sebab klau tak guna nanti buang jugak,so sebab tak nak jadi sedara syaitan maka D guna bawang dia jelah kan?), sejemput ikan bilis rm2.70,(buat tambah rencah dalam nasi goreng untuk bekalan tengahari) sardin king cup saiz kecil (terus kolam mata bertakung mengenang carian rm paling murah untuk harga setin sardin) tak terjanggkau lagi dek akal fikiran enak nikmat sardin ayam brand seperti rasminya sardin. Cukup setakat itu sahaja barang dapur untuk sebulan ini. Baki lebihan hanya cukup buat mengisi tangki ego’s sahaja.




Cukup setakat itu sahaja belanja- lanjaan dalam melunaskan tanggungjawab memberi cacing peliharaan perut kenyang mengembung. Untuk selepas ini, jangan di jengah warung berlampu bagai. Sebab selalunya konon nak minum, last-last tengok menu terus tekak nak tomyam, serakah melonjak rasa mahukan paprik menyelerakan, selera menggamit terhidu asap satay ayam. Jangan kau tergoda dengan meriahnya pasar malam untuk mencuci mata menatap juadah walau perut terisi sudah. Pasti nanti teringin inginkan apam balik kecik nan rapuh, jagung bakar setongkol rm1.50, air tebu bagai. Jangan, jangan cuba menghampir segala yang meriah berwarna warni itu. Kerana nafsu yang bergelora mengenang ingat mogoknya cacing di dasar perut.

Makanya, pen merah dakwat basah terus mencoret di jadual harian agar isnin dan khamis adalah disunatkan berpuasa. Mengenang terlalainya diri mengejar sunah Rasulullah S.A.W, dengan demikian dapatlah setidaknya sedikit amalan di bahu kanan tercatit.

Menjelang gaji mendatang di tujuh purnama tujuh nanti pun, jangan di harap boleh menyedut nikmatnya juice buah-buahan berserta laici mengebu kerana road tax tertangguh mulai 28hb June ini. Wahai sekalian penguatkuasa yang ada, mohon jangan di tahan sekat laluan D ulang alik berkerja, kerana Sumpah dengan adanya sekalian umat dunia, ketidakupayaan mengeluar sejumlah kurang lebih dua ratus ringgit Malaysia untuk detik akhiran tempoh itu. Kerana seperti lazimnya D, untuk meminta tadah daripada kedua orang tua di kampong bukan gaya macho D. D Lebih rela merayu ratap sambil melutut di depan JPJ mahupon Polis rondaan daripada meminta tadah dari dua kesayangan D itu. Cukup segala beri bagi mereka selama dua puluh empat hidupnya D di dunia ini.

”satu hari sekali makan, dapat jimat duit,
hutang pon beres, berat ideal tercapai, pahala berlipat”

::APABILA SESEORANG MENYAKITI EMOSI KAMU, BERDOALAH AGAR KAMU TIDAK MENYAKITI EMOSINYA KEMBALI::

No comments:

Post a Comment