“ ………. Kite mintak maaf kat ayg,
klau ada buat salah n silap. Mungkin semua ni salah Kite . Harap Ayg maafkan
dan ALLAH ampunkan dosa Kite semoga Kite tidak bermusuhan. Salam”.
-
6.41 pm,
04 Julai 2012 -
Huhhh,
tarik nafas
dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Kelip mata sambil mencerna segala ayat yang
di kirim dengan kewarasan akal di tahap paling maksima.
Segala isi
bicara nampak agak melankolik,
mungkin ada
naluri yang terusik dan hati terdetik pilu.
Sungguh mudah
maaf diluah,
Sungguh mudah
ampun dilafaz.
Di ulang baca
sekali lagi pesanan diterima,
dada terus
berombak mengenang kenang setiap perbuatan yang mungkin tidak sengaja atau
sememangnya telah direncana semenjak awal lagi.
Dalam tempoh
empat tahun perkenalan,
ini kali kedua
wajah berpaling, masam menyapa bibir.
Dan biar ia
kekal begitu selamanya untuk selepas ini.
Muktamat.
Titik.
Nokhtah.
Untuk yang
pertama kali,
sembah salam telah terampun kerana mungkin
tika itu ketidak matangan akal mengawal minda. Hanya kerana sayang tak
bersambut di rencah dengan alasan telah punyai satu yang akan menyempurnakan D,
hubungan baik merenggang dengan sendirinya. Tidak mengapalah, kerana D rela
untuk dihilangkan 1001 jenis sahabat seperti itu daripada dipalingkan rasa
percaya sang arjuna hati.
Melangkah di
tahun ketiga pengajian iaitu tahun akhir, sedikit senyum menyumbing dibibir
setiap kali berselisihan, tidak seperti sebelum ini berpaling wajah untuk
ditatap mata, malah tidak jugak seperti manisnya awal perkenalan yang pasti
akan beriak gembira tatkala sama melangkah. Seiring dengan perkiraan usia
barangkali, kematangan memaksa semuanya dibiarkan lepas tergantung tak
berjawab.
Biarkan lah,
kerana kita belajar untuk menjadi matang.
Berakhir pengajian, tanpa khabar
berita tanpa ucap perpisahan, tanpa butir bicara langkah semakin menjauh
renggang. Kerana kita bukan siapa-siapa sebagai yang melengkapkan, maka tiada
apa untuk dikesalkan. D dengan cara D, dan kau punya cara tersendiri.
Melihat D terduduk selesa dikerusi
kepercayaan sang ilmuan, menyandang jawatan diamanahkan, menggenggam sedikit
rezeki buat bekalan. D dihampir kembali salam persahabatan. Huluran bersambut
dengan batas status baru dibahu. Tiada apa yang dirisau kerana kau juga punya
jelitawan bermukim dihati. Jelitawan yang suatu waktu dulu memudarkan iman kau
sendiri angkara nafsu meraja. Segala lepas laku itu, biar ia terus jadi rahsia
sekalipon wajah kau sudah tidak mahu ditatap mata milik D lagi. Kerana itu
amanah, kerana itu adalah aib yang patut disimpan kemas, agar di akhirat nanti
aib D disimpan kejap sang Pencipta. Kerana itu pegangan yang sering diserap
masuk keminda D, maka biar ia dirapi kunci mulut dan bibir agar balasan menanti
di titian siratulmustaqim kelak.
Setiap hari
menjengah wajah manis, menghulur bicara sopan, meminta agar turut sama mendapat
kepercayaan si ilmuan kebaggaan kita bersama. Akibat tingginya nilai sahabat,
hebatnya pukulan rakan, sambil mengenang cerita mahu meringankan beban insan di
kampung tanpa mahu menyusahkan seisi keluarga, kau D bawa untuk dikenal rapat
agar sama meminjam rezeki menyandang jawatan yang sama.
Alhamdulillah,
D percaya
setiap rezeki itu datangnya dari Allah S.w.t, dan dengan izinNYA kita sama
seiring melangkah megah menyandang impian rakan yang lain.
Tapi malangnya,
D tak reti mengipas sehingga kau pasangkan
air-cond penyejuk buat majikan budiman. D bukan pembodek yang reti berpura
manis sehingga sanggup bermalam di pejabat untuk ditatap kira potensi diri. Kau
sungguh berbakat dalam lakon layar sehingga kau gamak menabur pasir dalam
periuk nasi D demi selesa di alas empoknya percaya. Tidak mustahil D katakana
kontrak kerja D tidak bersambung kerana manisnya bicara kau menabur cerita ada
yang lebih baik melebihi D dalam melaksana tugasan diberi. Itu sebenarnya nawaitu
terpasang. Baru D mengerti apabila berakhir kontrak kerja rupanya tempat D
diganti rakan serumah dan senegeri kau. Sungguh akrab hubungan terjalin
sehingga cerita kau memusnahkan percaya milik D dimata insan budiman
kebanggaan. Dan sehingga kini, mata dan hati D jadi sakit pedih dan perit
menatap senyum kau dan rakan senegeri kau itu.
Sumpah,
sakit itu teramat sakit untuk ditanggung emosi
amarah ini.
Bukan itu
sahaja,
kerana
manisnya butir bicara kau mengeji D tanpa sedar,
Ada perut tak berisi,
Ada air mata
yang menangisi,
Ada
perancangan yang terhenti,
Ada tekak yang
berkelahi,
Ada teman yang
memusuhi,
Ada hati yang
mendengki.
Selesalah kau
disinggahsana,
Beradulah kau
dengan rona bangga,
Lenalah kau
dalam mimpi bahagia.
D disini,
Jangan
diganggu.
Jangan di
kacau.
Jangan diusik.
Biar D
meneruskan rancang yang tergendala,
Biar D larikan
rasa kecewa,
Biar D cipta
bahagia.
Untuk dimaaf
lupa kan segala yang kau lambakkan, adalah mustahil untuk kau dapatkan dari
insan tak sempurna seperti D ini.
Maaf kerana
kemaafan yang dipohon masih belum ikhlas untuk dijawabkan oleh hati yang rapuh.
Maaf kerana
kemaafan yang dipohon masih belum ikhlas untuk dijawabkan oleh naluri yang
lemah.
Maaf kerana
kemaafan yang dipohonkan masih belum ikhlas untuk dijawabkan oleh emosi
yang amarah.
D bukan
dilahirkan tanpa nafsu amarah.
D bukan
dihidupkan tanpa emosi yang lemah.
D bukan diwujud
tanpa sakit, dengki dan gemuruh.
Tapi,
D percaya,
dendam bukan melega rasa sakit.
Dendam hanya
akan memuntahkan kembali rasa sakit itu ditelapak kaki.
D tidak
berdendam apatah lagi mendoakan segala yang berlaku akan diterbalikkan kembali
kepada kau,
adik perempuan
kau,
kakak kau,
anak saudara
kau,
ibu kau,
jelitawan kau,
atau
siapa sahaja
disekeliling milik kau agar baru kau rasa betapa sakitnya sakit D yang telah
kau racuni.
Itu bukan
kerja D, itu bukan cara D.
Biar DIA yang
menentukan segala takdir jalanan hidup kau.
Tak sudi lagi
untuk D pedulikan segala kisah kau.
Mungkin lega
untuk kau lurutkan dada mendengar khabar D tidak lagi menghuni kota
metropolitan,
D tidak lagi
kerap menjengah gedung ilmu dan rezeki kita suatu waktu dulu,
D tidak lagi
menyapa senyum majikan kau sekarang ini kau seperti selalu.
D bukan lari
menanam jagung di kampong,
D bukan si bacul
menjauhkan kebenaran.
Biar yang
benar itu datang sendiri
seperti
layangan si pipih dan golekkan si bulat.
Biar D cipta
bahagia dan jaya di sini sendiri-sendiri.
Satu pinta D,
Untuk
nanti-nanti
Jangan di
palingkan wajah untuk memberi senyum pada pandangan mata D nanti,
Jangan kau
bersantun mulia menutur bicara menegur adanya D dimana-mana mungkin nanti,
Jangan kau
hadir mendekat jika terlihat adanya D disuatu sudut dunia ini nanti.
Kerana nanti
Mungkin amarah
D terhambur
Mungkin emosi
D tiada kawalan
Mungkin bicara
D hilang kewarasan
Mungkin nanti
segala aib kau tersimpan rapi D telanjangkan dihadapan wajah-wajah yang telah
kau kipas air condkan.
D bukan
semulia insan untuk semudah itu dilupakan rasa sakit ini.
“kau adalah anjing yang aku lepaskan tika terhimpit
sepit,
dan aku adalah yang digigit ratah
setelah kau aku lepaskan”
Wa’alaikummussalam.
No comments:
Post a Comment