18 September 2012

::AdikBongsuSaya::



D termenung panjang bila lihat nafas halus lena Anje disisi malam-malam akhir sebelum bergelar isteri. Nafas halus turun naik bersama sendu sedikit-sedikit.

Resah emosi
Rabak jiwa
Betapa enambelas tahun lalu D tercemburukan akan lahir dia.
Betapa enambelas tahun lalu D terbencikan akan tangis dia.
Betapa enambelas tahun lalu D terrajuk lihat dia dibelai manja.

Sumpah!!!,
segala rasa itu membebani dosa untuk D pikul sehingga detik ini.
Dan untuk saat dan detik ini,
D tak mahu berganjak untuk terus kekal disisnya.

Lapan tahun dijarakkan usia,
langsung tak bernilai dikira hitung bersama angka.
Kerana di atas-atas D telah akrab berdua,
maka dia telah terakrabkan oleh takdir sama D.
Lapan tahun yang dibagaikan setahun jarak usianya.
Sedikit demi sedikit anjakan enambelas tahun itu menjadi terhilang terus segala rasa dulu malah diganti rasa yang tidak dipunyai lainnya.
Maaf untuk adik beradik lain,
D sayang sama along yang sering melayan nafsu serakah mahu itu dan ini.
D sayang sama angah yang pasti tidak akan pernah menolak setiap mahu untuk dimiliki ratah D.

Tapi,
buat anje sayang ini adalah lainan jenisnya.
Hanya dia yang betah dibuli D,
Ditepuk dodoikan sehingga lena D beradu lena indah.
Hanya dia yang sanggup diperintah,  Diambil itu dan ini arahan D.
Hanya dia yang mampu tadah cemuh maki D,
Menekur setiap lontaran peluru bisa bicara D.
Hanya dia yang mahu dikulikan D,
Akur diarah tanpa sesen bayaran.
HANYA DIA

D sering terbacakan nukilan milik dia,
Betapa D sering diinpirasikan.
Betapa D diidolkan.
Betapa D dimentorkan.
Betapa D disayangkasihkan.
Dan sebenarnya, untuk setiap megah jayanya D, dialah yang sering menginspirasikan D, bila lelah dengan ujian dan dugaan kehidupan.

kerana dia,
Si bongsu yang berlagak sulung untuk D.
Si bongsu yang sering berwajah gagah.
Si bongsu yang mahu dilihat kuat.

tapi pada satu sisi lainya dialah,
Si bongsu yang sebenarnya lemah jiwanya.
Yang akan sembunyikan emosinya.
Yang akan sorokkan egoisnya.

Di malam-malam akhir ditepukdodoikan oleh dia sebelum status bertukar ganti, seperti lazimnya D di tiap malam bila disisnya.

Tangis dia berombak kencang.
Telah D katakan, bersama D emosinya pasti lemah kalah.
Dia rayu untuk D terus kekal menjadi miliknya.
Dia rayu untuk D tetap sama tanpa beza untuknya.
Dia rayu untuk D tak akan biarkan dia sendiri-sendiri.
Dia rayu untuk D tidak jauh darinya.
Untuk tetap setia mendengar mimpi anganan dia.
Untuk tetap melindungi emosi dia agar terus gagah dimata yang lain.
Untuk terus fahami gelodak jiwa remajanya.

…dan walau apapon status dan gelaran diberi sandangkan oleh bahu pikulan ini.
D tetap mahu jadi seperti adanya D terhadap dia.
D tetap mahu jadi teman jarak setahun usia.
D tetap mahu dia untuk dimiliki D.

Sesungguhnya,
D cemburu melihat dia yang merapat dengan sepupu seusia.
D cemburu melihat tengok dia akrab berteman rakan sekelas.
D cemburu melihat ada yang bersiul memikat dia.
Dan D tak kan pernah bermanis wajah dengan mereka yang berpaling wajah dengan nya. 

Semua itu kerana D juga tak mahu dia jauh dari D.
Semua itu kerana D tak rela ada yang menggantikan D.
Semua itu kerana D tak betah ada yang mencurah kasih melebihi kasih D untuknya.

D pastinya memusihi setiap yang memusuhinya.
D pasti akan teramarah jiwa melihat dia diherdik tengking.
D pasti masam mencerut andai hendaknya tak tertunai.

Biar hanya D yang mengherdik garang, melempias amarah, menyepak terajak, memukul deras, menampar kuat emosi dan fizikal dia.
Biar hanya D yang menuntun ajar dia.

Jika dia mahu terus miliki D kekal seperti lazimnya,
D sebenarnya berganda mahu dia kekal dimilik hanya untuk D.
Tak sudi oleh D membiar dia sendiri-sendiri tanpa D kekal di hatinya.
Sungguh!!!


No comments:

Post a Comment