wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja.
wayarzuquhu min
haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal
'alallah-- fahua hasbuhu
.
innallah baalighu
amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
dan sesiapa
bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan keluar.
dan dibagi rezeki
padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa
berserah sehabis2nya pada allah-- padanya
dibagi kecukupan.
sesungguhnya telah
diadakan ketentuan pada setiap sesuatu
pada sesiapa yang dikehendaknya.
Setiap kali selesai bersujud, tidak pernah untuk terusan meminta-minta.
D pasti akan meminta-minta.
Meminta- minta agar dikurnia rezeki melimpah ruah.
Meminta- minta rezeki agar disejahterakan.
Meminta-minta rezeki ditenangkan jiwa tanpa adanya hasad mendengki.
Seringkali untuk D mengulang minta mohon agar dilimpahkan rahmat rezeki
itu.
Biar nanti rezeki untuk D itu dapat dibagi rasa sama sekelilingan yang
melingkari lorong D.
D akan terus meminta-minta untuk diberi kurnia rezeki rasa bahagia aman
tanpa disengketakan.
Ya,
D adalah hamba yang sering dan pastinya sentiasa akan terusan
meminta-minta tanpa ada jemu menyapa.
Kerana D sering diajar didik bahawa DIA Maha Pemberi, Maha Pemurah juga
Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk jalanan hidup D.
Hampir suku abad dinyawakan DIA, tak pernah dalam sesaat untuk D lupa
meminta-minta agar diehsankan.
Biar sering dijamukan dengan rezeki ujian memberat, diduga jiwa dan
emosi. Menikmati rezeki pahit masam memerit ini juga diajarkan adalah sebagai
suatu yang dinamakan rezeki.
Acap kali juga emosi sering terguling sama tangis membanjir, jiwa
meracau mengenang perit diuji duga.
…dan seperti lazimnya, D tidak pernah alpa terusan meminta-minta agar
disabarkan dengan rezeki ujian sambil tangan terusan menadah mohon dilapang
dengan ruahan rezeki melimpah.
D sering direzekikan dalam bentuk yang pelbagai wajah.
Menjelma dalam
ruang yang berbeza-beza.
Di kurangkan nilai Ringgit, ditambahkan rezeki kasih yang meruah.
Di kurangkan nilai harta membukit, dikurniakan cinta yang melimpah.
Ya,
sering didengarkan cuping capang akan bisa manakah cinta dan nilai sayang
utuh menongkah arus andai RM menipis kurang?
Memang jiwa tidak ampuh terusan diuji duga setiap yang dilelahkan.
Meminta-mintalah D untuk dilapangkan, ditambah banyakan, digandakan
segala sesuatu yang dipinjamkan.
Mengongoi tangis meminta-minta,
Nahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
DiberiNYA D segala pintaan.
Segal pinta.
Segala mahu.
Diberi terus dalam hari yang sama.
...dan D tahu, beri Nya segala ini bukan sekadar beri.
Rezeki ini bukan sekadar pemberian.
Ia adalah ujian dan anugerah buat D.
TERIMA KASIH ALLAH.
No comments:
Post a Comment