Bukan mudah rupanya mahu jadi segalanya dalam satu masa yang sama.
Terlalu payah rupanya untuk miliki segalanya dalam satu waktu yang
satu.
Sangat susah bila mana segalanya terpundak di bahu dan wajah yang sama
dalam kadar tempoh yang jitu.
Letih
Sakit
Penat
Lelah
Perit
Orang ini juga punya perasaan
Orang ini juga punya jiwa
Orang ini juga punya impian
Orang ini juga punya harapan
Tolong sokong orang ini
Mohon doakan jaya orang ini
Kerana jaya beliau adalah
Impian dan harapan mereka-mereka sekalian ini juga kan?
Tapi,
Mana ada jaya tanpa jatuh
Mana ada hebat tanpa sakit
Mana ada indah tanpa air mata
Mana ada tawa tanpa duka nestapa
Orang ini juga berkorban sebenarnya
Terkorban jiwanya
Terkorban mahunya
Terkorban hendaknya
Tapi orang itu rela
Rela, hanya kerana
Ini adalah harapan bangga dan impian mereka-mereka semua
Sekali lagi di ulang rayu
Tolonglah beri sejuta ganda sokongan
Memohon sambil melutut
agar jalan lorongnya di doa aminkan
Orang ini kena kuat
Orang ini kena hebat
Orang ini kena gagah
Orang ini kena kental
Orang ini perlu lebih kuat fizikalnya
Orang ini perlu lebih hebat mentalnya
Orang ini perlu lebih gagah kendirinya
Orang ini perlu lebih kental jiwanya
Kerana orang ini
Lakukan segala galanya
Untuk mereka-mereka semua dengan segala lelah yang tergapaikan


No comments:
Post a Comment