1 April 2013

I.N.I S.A.L.A.H. S.A.Y.A



Ya,
Ini salah D 

D lupa diri
D hilang daratan
D lupa ke tepian

D mengejar yang depan
D memburu cita

Sehinggakan D ketinggalan yang lepas
Sehinggakan D melupakan yang sudah

Ini salah D

Mohon di ampun biar salah ini tidak terampun
Mohon di doakan seperti selalunya tanpa henti menjemu
Mohon dilepas bebaskan D dengan pengawasan mesra kalian

Ini memang salah D

Tapi percayalah,
D tidak mungkin akan melupa
Setiap moment bersama
Setiap indah erat sama
Setiap tangis mengongoi sama
Setiap cerita tawa sama
Setiap janji patri sama

Setiap yang lepas itu memahat kukuh
Tanpa lupa
Tanpa alpa
Tanpa cerita

Dan D tiada alasan untuk dosa terlakukan
D memang berdosa
D memang bersalah

Kerana D tidak hebat mengurus masa
Kerana D tidak bijak membagi rasa
Kerana D tidak bagus memberi cinta
Kerana D tiada erti kasih kalian

Ini memang betul-betul salah D

Kerana D selalu rasa setiap langkah D ada yang mendoa jaya
Kerana D selalu tahu setiap pergi D ada yang bersama

Dan untuk segalanya yang terlakukan itu
D tidak reti mengharga kasih
D tiada masa membalas doa yang diaminkan
D tak punya hebat memberi senyum sepatutnya


Memang, memang ini salah D

Tapi,
Jangan di hukum dengan menjauh pergi
Jangan dihukum dengan menghilang lenyap

Jangan
Jangan

Kerana D masih perlu masa membetul salah
Kerana D masih perlu diajar meluruskan silap

D mengerti,
Untuk selepas-selepas ini
Walau tak mungkin sama seperti selalunya
Walau tak akan pernah erat seperti sebelumnya

Tolong
Tolong
Beri D ruang
Beri D peluang

Untuk sekali ini
Untuk sekian ini
Untuk setiap salah yang terlakukan

Maaf
Ampon

Ye,
Ini salah D





No comments:

Post a Comment