13 June 2013

::haramjadah::


Kita pernah paling gagah tanpa akal ke Penang hanya sekadar merasa nikmat makan pagi berdua-dua. Kita pernah sama kental tanpa hadir kelas kokurikulum, berbirat tangan didenda si pembina disiplin. Tanpa pernah hirau pesan cikgu menghabiskan tugasan diberi. Kita pernah mandikan motor EX5 mak yang baru seminggu beli tanpa sempat plastic terbuang ke dalam sungai depan rumah opah. Kita pernah kongsi spenda, nasik lemak telor separuh-separuh mencubit sedikit demi sedikit sama berjimat. Kita pernah jadi paling haramjad dimasa muda. Hentian bus menjadi karpet paling gebu untuk bersantai megah. Jerit suara kita paling lantang menghambur tawa gembira belia remaja tika itu. Air terjun menjadi pilihan utama saban minggu beralasan ke kelas tambahan.

Ramai membenci tanpa kenal erti hubung kita. Tanpa ada talian darah mengalir, tapi kita paling terkehadapan bila ada yang mengguris diantara kita. Semua mencemuh hilai tawa bahagia kita. Dan kita,tanpa perlu adanya sopan tersisa terusan menjadi kita seperti adanya kita. Cukup kita rasa apa adanya kita. Yang lain mencemuh memaki kita manusia paling jijik sekalipon,apa pedulinya kita masa itu. Tapi segelintir mengagum hubung talian kita.

Mereka disekeliling sedar untuk tak mahu terusan kita dilihat terlalu haramjad. Aku disedarkan untuk mencari jalanan paling lurus. Terus hidup bahagia menjadi paling haramjad kita ditinggalkan pergi tanpa sempat menoleh belakang sekadar melihat kenang. Sekental mengkin aku terus meninggalkan pergi segalanya.

Sungguh,jiwa saat itu mencengkam seksa. Tanpa dengar dan lihat segala ceritaberita adik beradik paling sejiwa. Aku hanya mahu keluar dari kepompong. Sedar untuk tak mahu terusan membusuk dipandang pengeji bodoh.

Sehingga segala cita tercapai, rindu ini hanya tersimpan kejap dalam jiwa paling dalam. Aku tahu dan faham, seharamjad apapon kita sekalian, kalian tak mungkin pernah mendoakan kejatuhan aku. Jaya hebat aku adalah dengan beriring doa dan kenangan kita. Lama mencari arah sendiri sendiri dengan erangan rindu paling sayu. Paling sendiri.

Sehingga bersuami, rindu pilu ini aku genggam paling kejap tanpa mahu membongkar. Tapi,selain kamu dia manusia paling mengerti walau disorok ke dasar apa seklipon, bersoal jawab tentang kita yang dulu. Menghurai selambak rindu tak bertepi. Tak perlu menyata rindu, cukup mengongoi tangis bersedu sehingga lena terbuai memfaham ertikan dia tentang derita rindu berguni ditanggung aku.

Dia yakinkan aku, kalian terutamanya kamu langsung tak mungkin mencemuh dengan setiap silap yang terlakukan aku. Dia pastikan aku bahawa kamu langsung tak mungkin melupa setiap bahagia dulu. Dia usahakan segala cara menyelesaikan ruangan paling dalam ini agar semuanya terhumban dipalitan wajah masing-masing. Dibiarkan kita berdua menghurai kenangan, mengenang memori, mencari perkataan apa paling layak untuk diluahkan tanpa seekor nyamuk yang menggangu melayan jiwa kita berdua.

Walau masa dibiarkan kita itu, tak terluah bicara, tapi kita seperti biasanya kita. Tak perlu menghurai bicara,kerana kita akan tahufaham sendiri-sendiri.

Dibiar kita semalaman di balkoni rumah,merungkai rindu.

Membiar kamu sendirian tanpa memberitakan cerita walau sebaris pon amat menyaksakan. Dan berbakul makihamun kamu untuk aku hanya tersimpan sendiri-sendiri. Aku tahu hati kamu. Dan aku faham untuk setiap apa yang bakal kamu lafazkan untuk sedarbangunkan aku erti hubungan jiwa kita.  Malam kita dibiarkan dibalkoni rumah, aku sudah siap sedia menerima segala jerit maki caci kamu.


Tapi yang aku terima hanya senyum simpol kamu. Menyata bangga kamu akan hebat berdiri bangunya aku. Tolong jangan dilambung lagi jiwa aku. Makilah aku. Hamunlah aku dengan kata-kata paling kesat apapon,aku terima dengan seadanya kesat bahasa yang terkeluarkan itu nanti. Aku sudah siap untuk itu.

Lidah kelu melumpuh terus segala butir bicara yang terencanakan dibenak akal. Yang aku hafal segala lirik sendu untuk saat ini. Hilang sekelipan hanya untuk ikhlas hati kamu menerima buruk laku paling haramjadah yang terlakukan oleh aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: selamat sejahtera untuk segalanya ::



No comments:

Post a Comment