26 March 2014

KELAS ANTENATAL- PUSAT PERUBATAN AR RIDZUAN


Kelas antenatal ni D dan B attent bulan lepas lagi. Sama tarikh dengan ibu pergi umrah, 23hb Feb 2014 haritu. Asalnya sebab memang check up kat Ar-Ridzuan ni dengan Dr. Zetty, so dia suggest D joint class ni. Register Rm10 untuk suami isteri. Hoiiii murah sangat kan? Hahh tulah, 2 kali D tanya kat kaunter tu betul ke 10 ringgit je ni, ke nanti lepas class kene bayar lagi. Rupanya Rm10 untuk bayar makan je. 



Makan pagi, mihun goreng, popiah goreng dengan tea o. Tengahari pulak nasik ayam, tembikai dengan air oren. Nak balik petang tu ada pulak kuih 2 3 jenis. Hoiiiii mana dapat Rm10 macam ni punya menu kan? Gambar makanan memang la malu sangat nak ambil, I is pemalu orangnye okeh. hahahha


:: register dulu ::
:: yeyyy dapat ni ::

Class ni start pukul 8.00 am-3.30 pm. Kami laki bini sampai lambat 15 minit, tu pon B salahkan D sebab dua kali berhenti kencing kat petrol pump. Perjalanan dari Lumut ke Ipoh, haruslah 2x berhenti kencingkan? Sampai je, terus daftar, dapatlah goodies. Comel je begnye, lepas tu naik lif tingkat 2, rupanya class dah start. Malu lah, orang lain dah sampaikan, lepas tu bila kita masuk semua mata pandang sampai kita duduk. Owh, I is malu dipandang sebegitu. Laju-laju jalan terus duduk kat kerusi belakang. Ni lagilah tak best, sebab memang tak suka duduk belakang-belakang, D dari dulu memamng suka duduk depan-depan. Tapi tak pelah, dah datang lambat kan, dapat la duduk belakang. Time masuk tu, sesi pertama dah pon bermula, ehh sebenarnya baru je start. 1st session ceramah keagamaan sikit dari Ustaz comel dan handsome. Owh maaflah sebab dah terlupa namanya, tapi orangnya sangatlah bersopan santun dengan bonus kulit cerah dan comel. Terus mata buntang tengok ustaz ni. Hahahahahha, nak buat macam mana, memamng fitrah manusia sukakan benda yang cantik dan elok pekertinya kan? Untuk sesi ni sebenarnya lebih kepada pembukaan majlis la kononnya kan, hikmah ada cahaya mata, syukur sebab diberi peluang untuk jadi parents, doa-doa yang bagus untuk diamalkan suami isteri masa tengah sakit nak bersalin, cara tanam uri mengikut kaedah Islam yang sebenar, cara bertahnik, waktu mana paling afdal azankan baby lepas lahir dan banyak lagilah. Penuh 3 helai muka surat B salin nota. 



:: kusyuk ::


Habis sessi pertama ni, rehat untuk breakfast jap. 30 minit je lepas tu terus sambung dengan teknik penyusuan. Memang sangat bergunalah untuk D yang tak tau dan takda pengalaman ni kan, cara simpan susu, cara nak panaskan susu yang dah disimpan, tempat beku ke simpan kat box je ke, semualah. Memanglah macam boleh dapat dari google kat internet je, tapi untuk yang bengap macam D ni, elok lah dengar sendiri penerangan, lepas tu tengok sendiri demotrasi cara segalanya. Nak susukan baby pon kena tau kedudukan yang betul, semua ni untuk elakkan si ibu sakit belakang. Untuk baby baru lahir biasanya kena kerap susukan 2 - 3 jam sekali. Mental memang kene kuatlah kata doc tu. Doc yang ni pon D lupa apa namanya. Memang dasar pelupa rupanya, ke masalah horman eh?


Kemudian terus sambung dengan sessi ketiga, iaitu sessi penjagaan bayi selepas kelahiran. Time ni memang B excited la, nak tengok macamna cara mandikan baby. Tapi B lambat angkat tangan, orang depan yang dapat buat demo teknik mandikan dan siapkan anak patung. Masa ni memang khusyuk, pic satu pon tak ambik. Memang teruja sangat.


Selesai bermandi mandian, pakaikan pempers semua siap dah boleh makan tengahari. Yeyyyy nasik ayam sedap. 


Lepas tu solat, ke tandas bagai terus di bawa ke bilik bersalin untuk lawatan dan ketua bidan buat penerangan dan teknik pernafasan dan teran waktu nak bersalin nanti. Okeh, time ni memang emosi habis, entah kenapa pon tak tau. Tetiba je air mata bertakung. Mungkin sebab teringatkan ibu sama kot, yelah masuk je bilik bersalin tu terus ingat muka ibu. Nurse terangkan cara nak bernafas, kedudukan waktu tengah sakit macam mana yang sesuai, apa yang patut suami buat untuk bantu mudahkan proses bersalin, macam mana suami akan potong tali pusat (untuk yang nak potong sendiri la), tentang ubat tahan sakit, gas oksigen dan macam-macam lagi lah. 


:: bilik bersalin ::


Dalam bilik bersalin ni ketika proses bersalin nanti akan dipasang zikir dan ayat-ayat suci al quran, tujuanya sangat relevan lah pada pandangan D, untuk mudahkan bersalin, tenangkan si Ibu yang bertarung nyawa nak lahirkan, dan paling penting bila baby keluar telinga baby terus dengar ayat-ayat dari Al-Quran. Si ayah juga diberi pilihan untuk terus azankan sebaik baby keluar atau nak biar nurse bersihkan dulu baby tu. 


Lepas tu di bawa melawat ke wad dan nurseri baby. Tapi nursery tak sempat amik picture. 


:: wad ::


:: wad ::


:: bilik air ::


:: isi dalam godies bag yang dapat tadi ::


Sebelum balik tu, sekali lagi ustaz comel tadi tu berdoa untuk permudahkan urusan kelahiran yang bakal dilalui nanti. Owhh time ni sekali lagi emosi D berombak kencang. Terus bertakung air mata. Hati I is tau foo fa sangat okeh.



No comments:

Post a Comment