21 July 2014

MUHAMMAD KHALIF MIKHAIL BIN MOHAMAD ALIF


Genab 39 minggu di dalam kantung Rahim, Alhamdulillah. Syukur yang maha agung dengan segala gelisah, sakit, perit dan jerih yang tiada pernah dijangkau akal mahupun pernah dilalui sebelum ini. Sakit yang teramat nikmat, bila melihat dan merasa sendiri sejasad indah ini keluar dari Rahim D sendiri bersama esak tangis yang kuat bergema. Apa lagi yang mahu di ragu dengan kekuasaan yang maha Esa? Sungguh, segala sesuatu itu berserta dengan izinNya.


Mengimbas 39 minggu mengandungkan Petunjuk Rezeki ini, segalanya dipermudahkan. Tanpa alah yang membeban, tanpa idaman yang melampaui, diberi sihat yang berpanjangan sepanjang tempoh ini. Apa lagi yang mahu disungutkan? Sungguh segala Sesuatu itu berserta dengan izinNya.


Malah, D tidak perlu memohon cuti rehat menanti detik melahirkan. Sehingga akhir kandungan, D masih mampu merempuh 54 tiang lampu isyarat pergi dan 56 tiang lampu isyarat pulang kepangkuan suami. Dua hari sebelum melahirkan, D masih sempat merakam meternity picture sehari suntuk. (Nanti D free akan dimuat kan entry meternity picture ni ok) Sampai ke  malam merayap melempias keinginan selera sebelum balik ke rumah.  Esoknya, D baru mula bercuti. Sambil ditemani anjee, dan B pulak bekerja hingga ke petang. Maka gigihlah D dan anjee menjelajah Aeon, Manjung. Dari satu kedai ke satu kedai, memang berjalan sakan sampaikan B dah balik kerja pon kami tak habis jalan lagi. Sempat lagi beli dua pasang baju tido untuk baby.


Malamnya, macam biasa kalau ada anjee kat rumah. Kami memang suka tido longgok. Berlonggok depan tv. Tengok dvd sampai tertido. Entah apa dvd yang B dan anjee tengok pon D dah tak peduli. Belom habis satu cerita D dah tertido. Pukul 3 terjaga nak ke toilet sambung tido semula.

Bermula detik-detik kelahiran.

Pukul 4 pagi, D terjaga. Rasa macam sakit perot nak ke toilet. Tapi macam tak jadi pulak. Pukul 5 pagi, sekali lagi rasa memulas macam nak ke toilet. Kali ni rasa memang macam semacam sikit. B pon dah bangun jugak time ni. Tapi tido balik bila tengok D macam ok je. D memang teros tak tido. Pinggang yang sedia ada sakit jadi makin sakit. Perot pulak memulas. Rasa macam nak bangun mandi pon ada tapi B cakap awal sangat lagi nak mandi. Tungulah pukul 6 nanti baru mandi. Belom pon pukul 6 D dah bangun, keluar masuk toilet nak membuang tapi tak jugak keluar. Elok je jam loceng pukul 6 menjerit. D terus masuk bilik air, mandi. Lama D mandi. Mandi puas-puas. Akar genggam Fatimah yang ibu bawak balik dari Mekah haritu pon D rendam masuk dalam kolah masa terjaga pukul 4 pagi tadi. Puas mandi, habis air satu kolah D mandi. Ambil wuduk, baca alquran sikit sementara tunggu B mandi. Perot makin kuat memulas. Tapi buat releks je, sebab kalau D kalut nanti B jadi lagi kalut. B siap mandi, solat sama-sama macam biasa. Tapi masa rakaat pertama rasa semacam sangat. Lepas bangun dari sujud rakaat pertama tu, rasa macam ada something keluar. Sakit sangat. D terus berhenti solat, masuk bilik air. Tengok-tengok ada darah. D diam je terus masuk bilik, B habis sembahyang dalam bilik study terus masuk bilik tanya D kenapa berhenti solat tadi. D cakap dah turun tanda nak bersalin. Time ni memang B dah menggelabah. Coll sana sini. Habis coll mak abah dia, ibu abah D. Angah D pon habis dia coll. Coll bos dia semua bagitau tak masuk kerja sebab nak bawak D pegi hospital. Sementara tunggu anjee siap, sempat lagi B turun bawah beli breakfast. D memang dah tak lalu nak makan, tapi sempat lagi minum minyak kelapa dara satu sudu.


Dah siap semua, dokumen penting semua dah get ready dalam handbag, turunlah kami semua. Nak masuk kereta boleh pulak B tak bawak turun kunci. Cisss, memang dasar gelabah kan? Tu D jenis releks je tu, kalaulah D menjerit-jerit sakit ke ape ke. Entah rasa macam tak sampai ke hospital agaknya bersalin kat rumah je. Otw ke hospital, D Cuma makan seketol karipap. Sakit perut memulas D boleh tahan lagi, tapi hati berdupdap dengan kencang buat D jadi makin tak lalu makan. Takut, resah, gelisah, sakit, risau semua bergabung.
Separuh perjalanan, air ketuban pecah. Apa lagi, makin kelam kabut la B. habis semua traffic light diredahnya. Sampai hospital, terus masuk untuk pemeriksaan. Kaunter dah coll DR. Zetty, doctor yang akan sambut kelahiran baby dan yang akan conduct masa D nak besalin, sebab D memang checkup dengan dia dan dah request nak bersalin pon dengan doc Zety ni jugak. Nak tau tak, masa sampai hospital rupanya bukaan dah pon 6cm. Hahhhhhh!!!!!!


Sakit makin kerap masa ni, sementara tunggu doc sampai nurse dah siap masukan ubat berak untuk D, buat CTG untuk baby dan lain-lain. B sentiasa ada dengan D, pegang tangan D erat-erat dah macam dia yang sakit nak beranak. Alahai suami, kenapalah gelabah sangat. Hahahahah.


Tak sampai setengah jam, DR. Zetty pon sampai, cek bukaan laluan dah 7cm, denyutan jantung baby pon normal, tekanan darah D semuanya normal. “Alhamdulillah, 80% saya boleh janji Diana boleh bersalin secara normal, tapi kena kuat ok”. Doc dan nurse biarkan D dan B sendirian dalam bilik. Tak sempat nak minta maaf bagai dengan B, B dah siap-siap cakap “B dah maafkan awak, awak kuat tau. Ikot cakap doc. B dah tak sabar nak jumpa ‘little khalifah’ kita”. Owh air mata, sila jangan mengalir. Masa ni sempat lagi berselfie bagai dengan B. Hahahahaha.


pic terakhir pregnant



Tak sampai setengah jam, sambil diselang seli dengan contraction yang semakin kerap, tetiba rasa macam nak berak sangat. Padahal sebelom doc sampai tadi D dah masuk toilet. Bagitau doc, tapi doc cakap berak je atas katil ni sebab takut D sebenarnya sakit nak besalin. Tapi, I is so shy. Mana boleh berak atas katil, malulah. Sebab yakin D bukan nak beranak lagi, D betol-betol nak terberak. Jenuh yakinkan doc, baru dia benarkan D masuk toilet, itu pon bersyarat. Katanya jangan teran, rasa nak keluar baru duduk dalam toilet bowl tu, kalau tak duduk je atas kerusi yang disediakan. Boleh doc nak masuk sama dalam toilet tunggu D berak. Woiiii gile ke apa,tak nak lah. Maluuuuu.

“Kalau u tak bagi I masuk, biar nurse masuk ok”.
“Ehhh no, no, no, its ok. Biar suami I jelah yang masuk doc”
“Ok, tapi jangan kunci pintu ye Diana”



Dipendekan cerita, lepas berak tu barulah contraction makin kuat tanpa henti. Terus doc and nurse tak tinggalkan D dan B dah. Maka bermulalah proses meneran. Waktu hampir habis tenaga, doc minta B tengok yang baby dah betol-betol nak keluar. “Encik Alif, sini tengok baby dah nak keluar sangat ni. Bagitau Diana, baby dah tak sabar nak jumpa bonda dan ayah dia”. Sambil dialunkan dengan zikir yang terpasang dalam labour room tu, kata-kata semangat dari B dan doc, laungan ‘ALLAH HU AKHBAR’ dari nurse, doc dan B, tepat pukul 11.53 am, lahirlah our little khalifah.


MUHAMMAD KHALIF MIKHAIL BIN MOHAMAD ALIF



15 April 2014 @11.53 am - 2.9kg




1st family potraite

No comments:

Post a Comment