12 August 2014

G6PD



Hati ibubapa mana tidak luluh bilamana sehari selepas kelahiran baby K, doc mengesahkan  baby K mempunya G6PD. Tapi akal cepat-cepat meningkah dengan sepenuh kesyukuran, anak yang dilahir sempurna fizikal tanpa sebarang cacat cela. 


Memang terpinga-pinga sekejap, langsung tak pernah tahu menahu tentang G6PD sebaik ungkapan pertama itu terlafaz doc. Air mata terus bergenang, lindungilah anakku dari segala musibah. Setelah mendengar penerangan doc dan membuat sedikit pembacaan, dapatlah disimpulkan bahawa G6PD itu bukanlah satu penyakit yang melenyapkan segala aktiviti dan gaya normal kehidupan manusia. Ia hanya merupakan penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia, ia merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.


Menurut Wikipedia, G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).


Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.


Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria. oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).


Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.


Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.



Tapi tipulah untuk kita yang berstatus makbapak ni tak risau kan? Of cos sangat risau apatah lagi kita mak-mak yang berkerja ni. Nak hantar orang jaga anak yang tak ada sebarang masalah pon kita risau, inikan pulak anak yang kene dipantau segala jenis bau-bauan dan segalanya jenis ubatan. Dan itulah masalah D dalam mencari pengasuh untuk baby K. Bila diterangkan keadaan baby K terus menolak untuk dijaga walau D offer dengan harga yang lebih tinggi dari harga biasa. Tak apalah nak, biar bonda bersusah payah, berhabis duit ulang alik kerja dengan rumah opah. Sebab cuma opah je yang boleh jaga dan faham dengan situasi dan masalah kita. Dalam keadaan macamni, apatahlagi selepas melahirkan baby K. SUMPAH, memang D makin faham sedalam apa kasih ibu untuk anak-anaknya. Asal anak cucu tidak terusan susah, memang segalanya diusahakan untuk memudahkan kami. Tq IBU. 

intan payong opah



Berbalik kepada masalah G6PD Apa yang D tahu, baby K perlu dielakan sejauh mungkin dengan bauan dari ubat gegat. Menurut doc pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Islam Ar-Ridzuan, untuk enam bulan pertama ini didalam rumah jangan ada langsung walau sedikit ubat gegat, nila, ubat nyamuk terutama yang berlingkar, dan beberapa lain lagi. Ini kerana masih belum tahu masalah G6PD baby K berada pada tahap mana. Oleh kerana D menyusu badan sepenuhnya, maka pemakanan D perlu dijaga sebaik mungkin. Kacang parang, dan beberapa jenis kekacang lain langsung diharamkan buat sementara waktu menyusu. Ini memang tak ada masalah langsung, sebab D sendiri boleh mengawal, yang risau dan takur bila baby K dah tak menyusu nanti, takut tak reti jaga makan sementara nak besar. Nauzubillahminzaliq.


Antara ubatan yang perlu dielakan adalah seperti:

Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria ) 
Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine. 
Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon). 
Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium). 
Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole. 
Miscellaneous 
Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi) 
Probenecid 
Dimercaprol (BAL) 
Flutamide (Eulexin) 
Methylene Blue 
Tolouidine Blue 

Napthalene ( ubat gegat)


kacang parang , sumber google



kacang parang, sumber google



ubat gegat, sumber google



ubat nyamuk lingkaran, sumber google


Apabila berjumpa dengan doktor, D hendaklah memberitahu doc yang baby K mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada baby K. Tapi sebelum keluar hospital doc dah kepilkan sekali kad G6PD pada buka kelahiran baby K. So takde masalah sangatlah, tunjuk aja kad tu doc dah tau.


Sebenarnya, ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.



Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.


Rawatan bagi demam kuning baru lahir dan anemia hemolytik telah wujud selama beberapa tahun. Rawatan ini memastikan bahawa tisu badan dibekalkan dengan cukup oksigen oleh sel darah merah. Bayi dengan demam kuning berpanjangan diletakkan di bawah cahaya khas, dikenali sebagai cahaya bili, yang mengurangkan demam kuning. Oleh kerana baby K mempunyai G6PD, keluar sahaja dari hospital Ar-Ridzuan, baby K terus dimasukan ke wad di hospital Taiping selama lima hari untuk pantauan jika mengalami kekurangan oksigen dan demam kuning yang berlarutan. Lima hari tersebut, tersangatlah menguji tahap kewarasan akal D. Dengan sakit bersalin tak habis lagi, dengan susu tak keluar, baby K yang tak reti menyusu dan beberapa perkara lain. Sungguh benar letak duduk syurga itu di telapak kaki bonda.


Moga sedikit sebanyak pengalaman D ini memberi info berguna untuk ibubapa yang mempunyai anak G6PD seperti baby K.



Moga kelahiran mu membawa rahmat seperti mana ayahbonda mengharapkan rezeki yang melimpah ruah untuk mu anak.Besarlah dikau dengan segala nikmat rahmah, agar dewasamu kelak memberi kemujaraban kepada alam.


baby K, 45days

No comments:

Post a Comment