25 January 2015

ZAWARA SKIRT, ZURA KHAKI




Minggu lepas, ada appoiment dengan Colour Picture untuk photoshoot family potrait. Dekat je studio dorang, boleh jalan kaki je dari office D sebenarnya, tapi belengas ketiak sikitlah kan.

Tapi macam tak tau nak pakai baju apa, tema apapon tak tau nak pikir. Pikir punya pikir, tak payah nak bertema sangatlah, pakai apa ada je dah la. Bukak almari, tengok ada lagi sehelai kemaja B yang belum pakai. Beli dulu untuk kenduri kawen adik B, tapi b kerja tak dapat attent majlis dorang. So baju ni tak pakailah sampai sekarang. Sebab B tak suka colour tu. Tapi dah tema dorang kawen family pakai wana merah, bertabahlah B masa ney tunjuk baju kemeja yang D belikan tu. Tapi tulah, tak dak rezeki B nak tengok adik dia nikah. So, decide pakai jelah kemeja tu, lagipon Baby K ada sehelai tshirt poney beli masa raya ritu tak pakai lagi sebab besar. Kebetulan warna sama. Terus try sukat ke badan baby K, ngam. Ahhh cantik, jimat duit bonda tak payah beli baju baru. Seluar pakai jelah seluar poney raya haji dulu tu. Macam ngam je warnanye. Ingat lagi tak D ada beli shawl dekat minggu lepas,ada satu shawl tu warna melon memang match dengan kemeja B. Ok ngam,seluar kerja ada je baru beli kat MNG baru pakai sekali, kemeja carilah mana-mana yang match nanti. Dah tak payah pikir sangat, bergambar je pon.

Malam tu try la dengan kemeja dan seluar kerja, tapi B cakap macam tak cantik sebab pakai seluar. Kalau skirt nampak la macam ladies and mak-mak sikit. Hoiiii mulut tu kan, memang nak bagi nampak D mak cik- mak cik je kan? Huhhh, urut dada.

Ehrmmm tapi macam betul jugak, sebab seluar kerja tu dah la ala-ala skiny, memang tak nampak la family potrait sebab macam remaja je. Hahahahahahah, sila muntah hijau. Esoknye tu, time lunch pergi la usha-usah kat zawara skirt warna marron sama macam kemeja B. Usha jelah, tak try pon sebab nak tunggu B datang amik nanti baru nak try.

Hanna skirt red, tak sesuai dengan D
 
D choose, Zura Khaki


Tapi yang warna D nak tu macam tak kena je D pakai, nampak lagi pendek. Try yang lagi satu, terus rasa confident berjalan ala-ala cinderella. Kain kembang-kembang beralun bila jalan. Kenyit-kenyit mata sikit kat B, senyum-senyum manis. B angguk kepala tanda setuju.



Terus sukat untuk potong. Esok ambik.


Esoknya memang tak sabarlah kan, time lunch terus pergi butik zawara tak tunggu dorang coll pon. Hahahaha, gila gelojoh D ni kan? Sebab gelojoh tak menyempat sangat, terpaksalah tunggu dulu sebab tak siap sikit je lagi. Sambil tunggu tu menggediklah bergambor dekat cermin besar dorang dok toturial pakai shawl. Sila bersabar melihat kegedikan D.  





bye.

No comments:

Post a Comment