12 February 2015

PROJEK CHEESKUT


Hi!!!

Projek cheeskut ni sebenarnya dah lama tertangguh nak buat. Barang bukan main semangat beli dari minggu lepas lepas lagi dah. Last2 asyik balik kampung je every weekend, so projek ni pon asyik tertangguh jelah. Weekend lepas tak pergi memana, duduk rumah je. So meh la, merajinkan diri. Senang je, sambil kelek anak pon boleh buat. Ecehhhh, bukan main lagi sekarang ni kan? Keh keh keh keh.

Ehh tapi tak tipu,memang senang macam kacang bilis je. Bahan pon sikit je, pastu senang je pulak tu. Pernah beli cheeskut ni satu bekas, lepas tu makan lakibini yang dua-duanya pelahap. Memang tak cukup, beli pon sebekas rm6 ke rm7 ntah. Lupa dah bapa rm. Bekas pon kecik je,memang tak cukup la kan?


Google je resepi, semua lebih kurang sama je. Melambak-lambak resepi and caranya. Yang mudahnya sebab tak payah keluarkan oven and guna blender je pon dah boleh buat dessert kan? Untuk golongan pemalas tapi asyik nak melantak, hah eloklah bersama-sama mencuba chesskut ni.


Bahan-bahan

1. 250gm cream chees Philadelphia (Org kata brand ni sedap, nk     pakai yang lain pon boleh.

2. Fresh milk

3. Biscuit craker

4. Oreo (tiada dalam pic)

5. Choc chip (hiasan)

6. Susu pekat manis (2 or 3 sudu je,ikot kemanisan korang nak)


bahan-bahan


Memula tu, dadukan cream chees macam D buat dalam gambar ni. Mudah untuk cream chees tu nanti sebati. Masukan sekali susu pekat manis, D guna brand dairy charm (Eh betol ke eja macam ni,hahahah), last sekali masukan jugak fresh milk. Tak kisahlah fresh milk jenis apa pon, tapi D guna Dutch Lady. Agak-agak jelah tuangnye, tengok kelikatan. Tak moh banyak sangat, nanti takot terlalu cair pulak. D letak tak sampai satu gelas penuh pon. Then blend lah sampai sebati.



dadu dadukan macam ni

Dah siap blend, ketepikan. Amik mangkuk, tuang baki fresh milk sikit. Celup biskut, macam dalam gambar kat bawah. Tak payah lah tuang penuh mangkuk tu, sebab nak buat celup je, bukan rendam tau. 


Celup sesat,terus angkat.

Lepas tu susun dalam bekas yang di sediakan. Patah-patahkan kalau ada ruang kosong. Mintak ampon tak amik gambor. Anak sebok nak cekau biskut jugak masa ni. Dah susun,tuang creamchees yang dah kembang tadi tu, lepas tu tabur oreo hancur pulak. 

ulang susun biskut,tuang creamchees,oreo sampai penuh.

Then ulang langkah tadi hingga tupperware penuh. Last D letak choclate chip lebih buat muffin dulu. Tapi letak oreo je pon sedap jugak. Masa nak susun biskut tu, tekan-tekan sikit biar mampat.




dapat 5 bekas ni.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



























Bawak bekal datang office,makan sambil buat kerja. Layan wehhhh!!!


ok bye,
nak pergi pump susu anak.

10 February 2015

10 senarai 'oh dia ni macamni rupanya'



Hi!!!

Pagi ni datang office naik bus, sampai awal. Tunggu officemate sampai, ain. Kuar breakfast sama-sama. Sementara tunggu order sampai, borak-borak. Ehh nak bagi tau jugak,ain ni bakal pengantin untuk tahun ni. Ahhh, cant wait for her wedding. Borak punya borak, tetiba terbukak cerita after and before wedding. How ur spouse? Ehh, teromputih plak. kih kih kih.


Lima saat jugak terdiam, tarik nafas then senyum. Erhmmm, jawapan D senang je. Selama mana pon bercinta, selama mana pon dah kenal each other, since dah kawen rupanya akan banyak lagi benda terkeluar dari pasangan kita yang kita rupanya akan cakap 'oh dia ni macamni rupanya'. Akan banyak lagi sebenarnya yang kita belum cukup kenal pasangan kita. Event dah kenal dari kecik sekalipun. 

Untuk D and B yang dah memang kenal dari zaman kanak-kanak rebina pon, bila dah kawen dah tinggal sebumbung, tido sekatil, still ada banyak yang 'oh dia ni macamni rupanya'. Ni bukanlah maksudnya masa bercinta dulu semuanya fake belaka. Tak, maksudnya selama mana pon mengenali masih jugak ada yang kita tak cukup kenal selagi tak berkahwin,tak duduk satu bumbung. 


Ain ask me, 'Diana and alif banyak ke yang 'oh dia ni macamni rupanya'?


Tarik nafas jap, lima saat lagi.


'Banyak, sampai sekarang pon dah dekat 3 tahun kawen, still ada macam-macam yang kita baru tau habit dia. Yang tak sangka rupanya dia macam tu'.

Sebenarnya, makin lama kita kenal pasangan, makin banyak yang kita tahu bahawa banyak benda kita tak tahu pasal dia. Untuk D sendiri, kami masih saling mengenal, masih saling cuba menjadi yang terpaling faham untuk satu sama lain untuk segala aspek. Keadaan pastinya akan berubah untuk setiap situasi yang berbeza-beza. Emosi pastinya sentiasa berubah mengikut mood dan kekuatan mental menahan ujian. 


Dan semakin lama, kita mula menjadi semakin saling berpaut. Percayalah, kalau mula-mula kahwen D paling stress dengan bunyi dengkur B, sekarang ni bila B outstation lama-lama, bunyi dengkur tulah yang akan tercari-cari sebelum mata terlena lelap. D senaraikan 10 perkara antara D dan B, 10 cukuplah. Sebenarnya banyak lagi. Hahahahha.




10 senarai 'oh dia ni macamni rupanya'



1. Bilik Air.

B paling pantang bilik air, melekit berlendir, rambut D yang semakin hari semakin banyak berguguran tulah yang selalu di bebelkan. Lepas D mandi B akan masuk. Keluarkan rambut yang melekat kat lubaang laluan air tu. Masa mula-mula kawen memang kuat lah bebel dia, tambah-tambah kadang-kadang tertinggal panty liner dalam sinki. Sekarang ni mesti sebab dah malas dia nak bebel, makanya lepas D mandi dia akan masuk bilik air dan kutip rambut dan panty liner D tu. 

'oh rupanya dia memang macamni rupanya'



2. Gantung seluar belakang pintu

D memang lepas pakai seluar jeans ke seluar kerja ke terus letak dalam bakul untuk di basuh. Paling-paling pon pakai takat dua kali je. Tapi B, akan pakai sekali seluar jeans, lepas tu esok pakai yang lain pulak sampai kadang-kadang semua seluar dalam almari habis bekas pakai. Bergantung belakang pintu, lepas tu ulang-ulang pakai. Hoiiii, memang menjeritlah memula dulu tu kan, tapi apa nak buat, hadap jelah. Dah tu je laki kita. Altenatifnya, D akan kutip seluar-seluar tu untuk d bawa ke bakul untuk di basuh. Dah malas nak jerit-jerit dah, malu kat jiran tetangga. 

'oh dia memang macamni rupanya'



3. Iron baju

D tahu, jauh di sudut hati B mesti mengharapkan isterinya yang mithali ni ironkan baju kerja dia hari-hari. Tapi percaya tak, sepanjang kawen ni D memang tak pernah iron baju kerja B selengkapnya. Wehhh leceh kot, kang ada je yang tak kena. Lepas tu dia touch up balik. Terus sentap tak nak iron dah. Hahahaha padahal memang dasar malas iron baju. Baju kerja D pon main kibas-kibas je terus sarok tak beriron. Dahlah baju seluar dia nak kena ada side betoi-betoi, kang mula membebel bila tak elok. Malas la dengar bebel-bebel ni, so baik tak payah buat terus. Memang dasar sangat kan? Hahahahah.

'oh bini aku memang macamni rupanya'


4. Basuh baju

Tak habis-habis lagi bab kain baju ni kan? Hahahaha, biasalah. memang kerja mak-mak sekarang ni macamni. Sekarang tengah menaip ni pon dok teringan kain baju belambak dalam mesin tak basuh lagi. Baru hari rabu je ni. B memang suka basuh baju, lepas tu biar je dalam mesin berkepok. Tunggu D jugak yang hangerkan. Yang sebenarnya D sakit hati kalau dia hangerkan baju-baju tu. Sebab sangatlah lembap dan tersenget sana sini. Can't okeh, D tak suka lembap-lembap dan senget sana sini. Nanti nak sidai kat depan orang lalu lalang tak cantik. D dulu ibu ajar sidai kain baju mesti ikot kategori. Kalau sebaris tu seluar, semuanya seluar sampai hujung. Kalau baju, baju je. Hanger kecik untuk selaur/baju kecik, kalau B dia main harung je. Asalkan baju-baju tu tergantung. Huhh,sakit mata okeh. Sebab semua dia buat D bebel ada je yang tak kena, so memang dia takan buatlah bab hanger baju tu.

'oh, kuatnya bebel bini aku rupanya'



5. Memandu & kereta

Walaupon D meliki lesen memandu dulu sebelum B, (yelah umur sebaya kan?) tapi B lagi cekap memandu dan parking kereta. Kalau dia kat sebelah D drive memang sakitlah telinga dengar dia bebel ada je yang tak kena. Geram sangat, selalunya D berhenti tepi jalan terus suruh dia yang drive. Tak kiralah dia mengantok ke tak larat ke. Lagi best kalau dia tido terus, and D drive. Lepas tu makin geramnya, bila kita drive ada je yang tak kena, tapi bila dia drive buat macam kita buat boleh pulak. Hoiiii memang mendidihlah kan?

Bab kereta pulak memang B lah yang buat semuanya, service ke, tukar tayar ke, basuh ke termasuklah loading and keluarkan barang dalam kereta. D ni jenis semua nak bawak kalau pergi memana, kalau boleh satu almari nak isi. Yang paling B selalu bebel bila semua kasut D penuh dalam bonet. Ek eleh, tu pon nak bebel kan? Biarjelah. Bukan kasut tu ketuk tangan dia pon kan?

Masa bercinta dulu naik moto je, so tak pernah ada masalah ni. Hahahahaha.

'oh macamni rupanya dia'



6. Stokin dalam kasut

Tabiat B yang satu ni memang paling menyesakan nafas D sebenarnya. Huhh semangat, memang kena kental kalau bab ni. Berbuih dah mulut dok cakap stokin lepas pakai letak dalam bakul terus, boleh terus basuh. Ni tak, letak jugak dalam kasut. Lepas tu esok pagi nak pergi kerja pakai stokin baru, stokin dalam kasut tu letak atas meja kopi. Esok pagi anak bangun, terus masuk stokin masam dia tu dalam mulut (Feveret baby K sekarang berdiri sambil jalan keliling meja). Dari dulu, memang sakit hati sangat. Tapi tulah, redha jelah. Agaknya, macamni jugaklah dia redha bila kutip panty liner D dalam singki bilik air kan?

'oh laki, macamni rupanya dia'



7. Botol susu anak

D kalau selesai pump susu and susukan baby K guna bottle, mesti terus basuh and letak terus kat dryiang rack. Tapi B, rendam dulu bottle2 tu berderet atas sinki. Lepas tu mulut D bising-bising sambil berus bottle2 tu semua. Then dia senyum-senyum. Tektik sangat kan? Sebenarnya dia malas basuh bottle anak rupanya.

'oh, macamni rupanya dia'


8. Makan

Bab makan ni D selalu rasa bersalah. Sebab B macamna lapar pon mesti akan tunggu D jugak makan sesama. Dulu D keje jauh ulang alik sampai lewat camne pon B tetap tunggu D walau dia tak makan lagi dari tengahari. Walupon D suruh makan dulu sebab D dah makan macam-macam kat tempat kerja. Dan rasa macam tak larat dah nak makan bila balik nanti.Tapi sebab tak sampai hati sebab B dah tunggu so, makanlah lagi D. Sebab tu dalam masa 2 bulan kawen, berat badan D naik 3 kilo.

Sekarang ni, dah ada anak balik kerja memang kelam kabotlah nak masak and main-main dengan baby K dulu. So, time makan memang macam tak menentu. Selalunya settlekan kerja rumah dulu baru makan. Kalau baby K tak tido petang tu kat rumah baby sitter, awallah dia tido malamnya. Kalau tak memang lama lah dapat main dengan dia kat rumah. Sekarang ni nak tidokan dia memang mencabar sikit. Dari melon tetek D penuh susu sampai kempis pon belum tentu dai layu. Silap haribulan lepas kenyang terus bangun duduk gelak ngekek-ngekek korek pusat D. Tu tak masuk lagi bab muntah susu sebab sedut belambak-lambak tak nak lepas. Lepas tu mandikan dia sikit-sikit sebab melekit dengan muntah susu tu, lepas tu mata dia pon sesegar pagi harilah jawabnya. B memang tak kan makan sensorang, mesti tunggu sampai D tidokan baby K dulu baru nanti makan sesama.

'oh rupanya dia memang makan nak sesama'




9. Atas katil

Hoiiii jangan nak terbeliak sangat bijik mata tu. Bukan nak cerita yang 18sx okeh. Nak bagitau B kalau tido mesti cadar and comferter bergulung-gulung and berterabur. Memang jangan mimpilah bangun pagi boleh tarik sikit-sikit je betulkan cadar. Harus kau kena kibas segalanya macam baru nak pasang cadar baru. Memang pelik sangat, taktaulah dia tido macamana sampai cadar boleh jadi macam tu sekali. Bila dia outstation, D boleh bangun lewat sikit sebab tak payah nak pasang balik cadar semua tu sebab D jenis tido bangun pagi cadar elok je tak berkedut teruk. Tarik hujung-hujung je, lepas tu kibas sikit-sikit.



10. Kuat bebel

Sebenarnya dua dua orang boleh tahan jugak kuat bebel. Hahahahaha.


ok bye!!





"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNYa. Dan Allah maha luas (pemberianNya) lagi maha mengetahui" (An Nuur 32)

9 February 2015

SPAGETI CARBONARA



Hi weekend!!! (hari ni isnin,saya rindukan weekend)


D percaya, wanita berkerja macam D paling menantikan hari jumaat lekas habis. Lekas boleh balik gomol-gomol anak dan suami. Bangun pagi boleh lama-lama dalam toilet, boleh mandikan anak lama-lama. Belek setiap inci yang ada. Kalau tak, kalut-kalut mandikan anak or basuh berak, tukar diapers hantar terus ke rumah baby sitter. Tak sempat pon nak belek lubang telinga anak. Weekend memang paling dinantikan. Untuk settlekan sebeban kain baju berlungguk dalam bakul tak berbasuh. Dan sejak beranak ni, extra sebakul lagi untuk dibasuhsidai, lipat dan susun. Tu belum lagi shawl dan beberapa helai yang kena basuh guna tangan sebab tak nak fabrik rosak. Haishhh, baru isnin dah tak sabar tunggu jumaat. Mop lantai,sapu sawang, lap habuk, cuci peti ais dan bergolek gumpal dengan anak adalah paling di nanti. Wehhhh semakin mak cik sekarang ni kan, ada ke cuci peti ais paling dinanti. Hahahahah, tapi tulah. Nak buat macamana, perubahan usia memanglah macam ni, kategori mak mak lah katakan.

Tapi yang paling best bila dapur dapat berasap dari pagi sampailah sebelum tutp lampu. Ececehhh, kengkonon lah sangat masak dari pagi sampai ke malam. Actualy bukanlah every weekend pon, sebab 2 minggu sekali kiteorang bergilir balik kampung, so dalam sebulan berbaki 2 week jelah duduk kat rumah. Tu pon kalau takda pergi jenjalan lain. Kalau tak memang susahlah weekend nak duduk melekat kat rumah. 

Best sangat bangun pagi siapkan breakfast, sambil basuh baju. Lepas breakfast,sidai baju pegi pasar cari ikan. Balik masak untuk tengahari, petang boleh bawak anak pegi jalan-jalan kat taman. Malam boleh lepak-lepak kedai mamak (ehh,yang ni zaman dulu,sebelum beranak). 

Hoiiii apa hang melalut jauh sangat ni, sebenarnya nak share resepi carbonara je pon. Malam jumaat ritu, balik kerja terasa macam nak makan. So, sambil layan Maharaja Lawak Mega (MLM) bolehlah makan-makan. Jemput sekali keluarga bff, Nurul datang makan. 



Jom D share bahan-bahanya.

Mushroom soup camble 2 tin
Susu segar full cream 2 tin (sukat ikot tin soup camble tadi)
Bawang besar dan putih (dadukan)
Cendawan Butang satu tin (hiris nipis)
Isi ayam (hiris halus) D suka guna ayam terus, tak suka ayam kisar macam selalu orang buat, sebab ayam frozen macam tak best.
Brokoli & carrot (celur)
Perasakan dengan lada hitam, kiub ayam (kalau nak letaklah), oregano dan garam
Sepeket spageti (rebus)


bahan-bahanya

Cara-caranya:

1. tumis bawang



2. masukan isi ayam


3. Masukan soup camble



sukatan susu ikot tin tadi


4.Masukan susu segar, kacau


5. Masukan mushroom

Sementara tu, dapur sebelah lagi rebuslah spagetinya. Saya tak ada periuk yang tinggi, so guna periuk nasi hadiah dari mak mertua ni jelah. Hehehehe



dah mendidih, masukan. Campor 2 sudu minyak



brokoli & carrot, potong ikot suka hati nak macamne



agak dah lembik spageti tu, baru masukan carrot and brokoli,
lepas tu tutup api.
Biar beberapa minit jap, lepas tu toskan
(Ini cara orang malas)

Sementara tunggu dorang sampai and MLM start, bolehlah hidangkan.









blurppp

Sebenarnya ada jugak ice cream vanila makan dengan roti, tapi tak ada dalam gambar. Dah habis sepinggan and Tahniah ZERO!!! (MLM). I know,sabahan will be proud to u, ZERO.






I love weekend so much,
          ~ D~

1 February 2015

DEMAM



Jadi mak- mak memang semua nak susah hati kan? Semua nak pikir. Semua nak kena risau. Lagi-lagi yang berkaitan dengan anak. Macamni rupanya panangan jadi mak orang. Dulu memang selalu rasa pelik je tengok mak-mak orang ni kalau duduk berkumpol lain tak bukan mesti cerita pasal anak masing-masing. Semua nak cerita. Anak tak berak pon risau, anak asyik berak lagilah susah hati. Tu belum masuk bab anak tak nak makan, memilih makan, susu itu tak serasi, susu ini cepat basi. Hoiiiii runsingkan? Rasa macam, ehh ehh engkorang ni mak-mak oi, asyik nak pikir hal anak engkorang je kan? Budak tu elok je sebenarnya aku tengok.


baby K

Tu reaksi zaman belia-belia dululah, zaman tengok budak nangis rasa macam nak hempok je budak tu. Zaman kuis-kuis je kalau tengok budak comel. 


Tapikan, bila dah ada anak ni memang automaticly berubah 360 darjah. Segala runsing letih tengok mak-mak orang dulu tu sekarang hambekkkk, semua nak kene runsing. Rupanya merunsing ni makin berganda bila anak tak sihat, tak nak makan, merengek-rengek, hidung berhingus, dah 9 bulan tak tumbuh gigi, tak nak dekat orang lain. Hoiiiiii banyak lagi sebenarnya. Tapi kan, tapi semua tu rasa macam tak runsing pon. Ehh yang sebenarnya macam langsung tak runsing. Cuma susah hati jelah. Hehehehe.


Pembuka tahun 2015, BabyK demam. 1st time demam untuk seumur hidup dia. Tapi suhu tak tingggi pon. Just jelum-jelum dengan towel basah. Letak celah-celah ketiak. 1st time anak demam memang rupanya bermata pandalah ayahbonnda. Mujor memang cuti, taklah susah hati sangat nak tinggalkan anak. Yang bestnya, anak sihat hasil berjaga malam kita. Bangun-bangun pagi anak dah boleh sengeh-sengeh, korek bijik mata kita yang berat kepala sebab berjaga malam jelumkan dia. Tapi tak jadi nak marah, sebab lepas dia korek bijik mata kita, dia senyum-senyum sambil panjat-panjat badan. Ehhh, anak dah sihat. Ni petanda kejap lagi boleh berjalan-jalan menghirup air cond di Aeon. Ehhhh, yang ni bukan sebenarnya, hanya ilusi semata-mata.


budak demam


1st Feb ni pon baby K fever again. Tapi kalini suhu 39 dekat ke 40 darjah. Hoiiii, memang panic lah. Tros bawak pegi klinik, doctor masukan ubat bontot. 1st time untuk baby K, after 9 bulan, 17 hari tak pernah amik apa-apa ubat sebab demam.Tapi takpelah, sebenarnya D dah lama bersedia untuk situasi ni. Yelah, tengok anak orang lain setiap bulan 2 3 kali demam. Tapi baby K dah 9 bulan ni baru 2 kali demam. Orang-orang tua kata demam nak memulih. Nak boleh apa-apa la kot. Entah-entah nak boleh berjalan la kot, sebab sekarang ni dah boleh berdiri lepas-lepas tangan. Ke sebenarnya sebab cuaca sekarang ni yang kejap panas, kejap hujan.


makin kuruslah dia lepas ni

Tapi yang makin kesianya, baby K demam kali ni ayah dan bonda tak ada nak layan merengek dia. Dua-dua kerja, tinggalkan baby K dekat opah, mancu,mama,umi, atok,papa,achor. Along baby,abg ngah and abg long pon ada kat rumah opah. Harap-harap makin cepat kebah dan boleh joint abg ngah and along main pasir depan rumah atok. Ehhh, yang tu nanti mama marah.

Sebab D kerja jugak harini walaupon baby K demam, D janji tak marah baby K lepas ni bila dia tarik-tarik shawl D dalam almari. Feveret dia sangat sekarang ni tarik kain baju dalam almari. Ehhh tapi lepas tu ayahlah kene kemas semula.


Bestnye dapat main sepah-sepah



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


seronok sangat kan?


k,bye.

28 January 2015

COLOUR PICTURES


Hi semua,

Dah janji kelmarin nak share picture family potraite ni kan? Ok sebelum tu meh D cite sikit Colour Pictures yang ambil picture-picture family kecik D ni. 

Korang boleh tengok je IG dorang kalau nak tengok hasil bedikan lensa dorang. Malas cakap banyak sebab boleh pegi usha sendiri hasil seni dorang tu. Memang cecantik je semuanya. Ramai retis-retis yang gunakan perkhidmatan dorang ni. Minggu ni pon dorang busy dekat Festival Pengantin Malaysia di Kedah. 

Lagi satu, senang je nak deal dengan dorang, yang penting reply pantas. Mula-mula D deal dengan Encik Khairul, tapi hari yang D nak photoshoot tu dia ada family day kat Cameron Highland plak, so bos Colour Picture yang akan amik gambor dengan D nanti, namanye Abg Amie. Wehhh lagi la menggedik kan? Bos amik job kecik dengan orang-orang kecik macam kita ni je. Padahal minggu sebelum ni bos dorang ni pegi amik gambor Wawa Zainal dengan laki dia. Hoiiii tak ke korang rasa D tak rasa bajet retis teros time tu kan? Hahahahahaha. Okeh2, jap lagi kalau layan terus keluar cerita cita-cita masa darjah empat nak jadi pelakon. Nanti D bagi contac number Khairul dan Abg Amie ye. Abg Amie ni nampak muda je lagi, rupanya anak dah 4 orang, sila jangan try ye adik-adik manis. Pembantu yang ada masa tu cik adik manis Fatin, jenuh dia melompat mengacah baby K nak bagi senyum, tapi langsung tak jalan. Rupanya, uncle Wan jugak yang baby K suka. Bab baby K tak nak senyum tu malas ah cita, sakit hati bonda. Tapi its ok, sebenarnya budak baru bangun tido tetiba nak suruh senyum mengekek memang tak dapatlah kan?







Gambar banyak sebenarnya, beratus-ratus tapi tak larat nak uplod. Dah tak tau nak pilih mana satu untuk dibesarkan, gantung kat dinding rumah. Ehhh yang sebenarnya, gambor kawen dulu pon tak gantung-gantung lagi. Hehehehe







Ok lah,malas nak uplod dah. Ehh jap ni sekeping dua lagi. Gambar budak bertuah tak nak senyum tapi asyik memuncung je mulutnye tu. Hoiiii stress bonda!!!











Ehh, sebelum terlupa, ni no telefon Colour Pictures 

Khairul :+60 17-599 6605
Abg Amie : +60 12-569 7931




Bye